Page 48 - APP KKR 2023
P. 48

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                       Contoh:
                       Jika tarikh kelulusan pindahan di SPA ialah pada 20 November 2022;
                       Maka tarikh pindahan yang dikunci masuk dalam iGFMAS ialah 01.01.2023.

                       Jika tarikh kelulusan pindahan dalam SPA ialah pada 20 Februari 2023;
                       Maka tarikh pindahan yang dikunci masuk dalam iGFMAS ialah 20.02.2023.

               2.9     Sementara itu, bagi aset alih yang diterima sebagai hadiah/ sumbangan dari agensi luar/
                       persendirian (selain dari Kerajaan Persekutuan), aset tersebut perlu diperakaunkan di
                       mana PTJ penerima aset tersebut perlu mengunci masuk tindakan perolehan dalam
                       sistem iGFMAS di modul Perakaunan Aset.

               2.10  Ketua  Jabatan  perlu  memastikan  semua  aset  tak  alih  dan  aset  alih  direkodkan  di
                       dalam sistem iGFMAS bagi membolehkan semua data aset dilaporkan dengan nilai yang
                       tepat dan sebenar dalam Penyata Kewangan KKR.

               2.11  Sebarang transaksi yang terlibat bagi aset (perolehan, arahan penyelesaian, pindahan,
                       pengelasan,  penjejasan,  pelupusan,  pelarasan  dan  pembatalan)  perlu  dikunci  masuk
                       dengan  segera  ke  dalam  iGFMAS  selaras  dengan  Surat  Pekeliling  Akauntan  Negara
                       Malaysia (SPANM) Bil. 3 Tahun 2022 dan Manual Prosedur Kerja yang telah dikeluarkan
                       oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

               2.12  Tatacara Perakaunan Aset Bukan Kewangan telah dikeluarkan oleh JANM iaitu di dalam
                       SPANM Bil. 3 Tahun 2022 pada 22 April 2022 yang menerangkan dengan jelas tatacara
                       lengkap bagi transaksi perakaunan aset beserta dengan pelaporan yang perlu disediakan
                       dan dikemukakan kepada pihak yang berkaitan.

               2.13  Kementerian/Jabatan hendaklah menyemak dan mengesahkan laporan yang dijana oleh
                       sistem iGFMAS pada setiap bulan bagi memastikan maklumat perakaunan berkaitan Aset
                       Bukan Kewangan di Penyata Kewangan Kementerian dan Penyata Kewangan Kerajaan
                       Persekutuan adalah tepat dan betul.


        3      KOD PERAKAUNAN

               3.1     Semua perbelanjaan perlu dilaksanakan mengikut program/ aktiviti sepertimana Waran
                       Peruntukan yang diterima, manakala semua transaksi perakaunan mesti diakaunkan pada
                       kod yang tepat mengikut jenis kod seperti yang digariskan dalam SPANM Bil. 10 Tahun
                       2017, Carta Akaun Akruan di bawah Asas Perakaunan Akruan.

               3.2     Semua  pembayaran  gaji dan pukal mesti diakaunkan oleh PTJ mengikut  kod  program/
                       aktiviti  di  bawah  PTJ/  Pusat  Kos  masing-masing.  Sebarang  kesilapan  caj  hendaklah
                       diselaraskan dengan  segera.

               3.3     Semua  PTJ  hendaklah  menyemak  Laporan  Kedudukan  Vot/  Dana  serta  Laporan
                       Liabiliti,  Ekuiti,  Belanja,  Aset  dan  Hasil  bagi  memastikan  semua  urus  niaga  telah


                                                                                                           47
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53