Page 3 - laporan kumbang beras hasif sn2(npdl)
P. 3

Eksperimen 2: Persampelan Populasi Kumbang Beras



                 Tujuan


                 Menentukan  perbezaan  saiz  populasi  kumbang  beras  dalam


                 dua jenis beras mengikut tempoh.



                 Pendahuluan


                        Ahli-ahli        ekologi        seringkali         dikehendaki            untuk


                 mendapatkan maklumat yang jelas mengenai ciri-ciri berangka

                 populasi. Selalunya, soalan pertama yang mesti dijawab adalah


                 mengenai  bilangan  organisma  per  unit  kawasan  (iaitu

                 ketumpatan  populasi)  atau  bilangan  individu  spesis  (saiz

                 populasi) di dalam suatu kawasan. Maklumat yang tepat boleh


                 diperolehi melalui kiraan jumlah semua organisma yang ada di


                 dalam kawasan berkenaan itu.


                        Walau  bagaimanapun,  pendekatan  seperti  ini  jarang


                 dapat dilakukan kebiasaannya kerana terdapat juga kawasan-

                 kawasan di dalam tapak kajian yang tidak mudah didekati dan

                 dimasuki  terutama  dalam  kes  kajian  haiwan.  Setengah-


                 setengah haiwan pandai menyembunyikan diri. Penghijrahan

                 haiwan  keluar  masuk  dalam  tapak  kajian  itu  juga  boleh


                 menghasilkan  maklumat  yang  kurang  tepat.  Kadang-kadang

                 langkah mengambil perhitungan mutlak itu akan mengganggu


                 keadaan  tapak  kajian  sehinggakan  menjejaskan  matlamat

                 kajian itu.
   1   2   3   4   5   6   7   8