Page 7 - laporan kumbang beras hasif sn2(npdl)
P. 7
bahawa beras tersebut telah rosak. Penyimpanan beras
memerlukan teknologi khusus untuk mengawal serangga ini
dari terus memusnahkan stok simpanan beras. Namun begitu,
kaedah pengawalan ini perlu disesuaikan agar tidak memberi
kesan kimia terhadap beras yang akan digunakan oleh
manusia.
Untuk amali pada kali ini, kami telah menggunakan 2
sampel beras iaitu sampel A dan sampel B. Sampel A adalah
beras yang disimpan dalam tempoh 1 tahun dan telah
mengalami kerosakan yang teruk manakala sampel B adalah
beras yang disimpan dalam tempoh 6 bulan dan tidak
mempunyai banyak kerosakan. Eksperimen ini bertujuan untuk
menumpukan pada penganggaran bilangan sampel untuk
mendapatkan saiz satu populasi serangga. Pendekatan ini
boleh digunakan ke atas serangga Kumbang Beras.
Populasi terdiri daripada suatu kumpulan organisma
daripada spesies yang sama hidup dalam habitat sama pada
masa yang sama (Balachandran, 2012). Dalam amali ini,
kumbang beras dipilih sebagai organisma untuk dikaji tentang
perbezaan saiz populasi bagi sumber yang sama mengikut
tempoh. Dalam kajian ini, saya memahami bahawa organisma
dalam satu populasi juga perlu membiak dengan satu sama
lain. Hal ini bermakna kumbang beras boleh bertukar-tukar
gamet secara kerap untuk menghasilkan keturunan yang sihat,