Page 9 - laporan kumbang beras hasif sn2(npdl)
P. 9
mengawal serangga ini dari terus memusnahkan stok
simpanan beras. Namun begitu, kaedah pengawalan ini perlu
disesuaikan agar tidak memberi kesan kimia terhadap beras
yang akan digunakan oleh manusia. Dalam amali ini, 2 sampel
beras iaitu sampel A dan sampel B digunakan untuk membuat
kajian tentang perbezaan saiz populasi bagi tempoh yang
berlainan. Sampel A adalah beras baru yang disimpan dalam
tempoh sebulan yang tidak mempunyai banyak kerosakan
manakala sampel B adalah beras lama yang disimpan dalam
tempoh setahun dan mengalami kerosakan yang teruk.
Kesimpulan
Populasi kumbang beras dalam sampel A lebih besar
berbanding populasi kumbang beras dalam sampel B.
Hipotesis Diterima. Semakin lama beras disimpan, semakin
besar saiz populasi kumbang beras.