Page 20 - PowerPoint Presentation
P. 20
Emosi
Pemikiran
Emosi akan berkembang ke peringkat yang seterusnya
iaitu apabila seseorang mampu mengaitkan emosi dengan
pemikiran. Pengalaman daripada apa yang dilihat, didengar
dan dialami direkodkan secara langsung sebagai reaksi
emosi. Reaksi-reaksi tersebut akan disimpan dalam
memori yang akan digunakan dalam proses pemikiran
kelak.
Pada peringkat awal kanak-kanak, kebolehan di dalam
memahami emosi dan puncanya semakin meningkat.
Pengawalan emosi kanak-kanak mula meningkat
termasuklah kemampuannya untuk menerima kekecewaan
serta menjadi seorang yang fleksibel dalam mengawal
emosi dan dorongan.