Page 116 - Prospektus Pengurusan SKKS 2021 V2
P. 116
BUKU PENGURUSAN SK (FELDA) KERATONG 1 2021
19. Menyimpan rekod buku, hapus kira, rosak dan hilang.
20. Menguruskan bilik SPBT dan membuat peraturan penggunaannya.
21. Memastikan pelajar membalut buku SPBT dengan pembalut plastik.
22. Menentukan tarikh pemulangan mengikut kelas.
23. Menyediakan senarai nama guru bertugas mengikut tarikh / kelas.
24. Melaporkan kepada pengetua / PK HEM tentang proses pemulangan buku (peratus
rosak / hilang, guru bertugas, hapus kira, kekurangan / lebihan).
25. Surat menyurat kepada Biro Buku Teks dan JPN.
26. Menyimpan invois, bil dan pengesahannya.
27. Melengkapkan buku stok dan menyimpan dokumen dengan teratur dan selamat
28. Mengemas kini inventori SPBT.
29. Mengisi borang maklumat kekurangan / lebihan buku ke PPD.
30. Mendapatkan maklumat dari Ketua Panitia / Guru Kanan Matapelajaran
31. Merekod dan menyimpan buku-buku bacaan tambahan
32. Menyediakan senarai buku teks bagi setiap tingkatan untuk diedarkan kepada pelajar
yang tidak mendapat pinjaman buku teks.
33. Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit SPBT
34. Membuat laporan dan perancangan aktiviti tahunan unit
35. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa
8) UNIT KANTIN
1. Memastikan makanan yang dijual di kantin mengikut piawai harga standard kantin
yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri
2. Memastikan makanan yang dijual di kantin berkhasiat, bersih dan tidak mengandungi
bahan yang tidak halal.
3. Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat dalam
perjanjian.
4. Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta
menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.
5. Memastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria.
6. Memastikan tiada pekerja asing dan semua pekerja kantin telah mendapat suntikan
pelalian dan menjalani pemeriksaan kesihatan.
7. Memastikan pihak pengusaha kantin berada di premis supaya mudah dihubungi.
8. Memastikan semua penjual dan pekerja sentiasa memakai apron,tutup kepala yang
bersih dan kemas mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan.