Page 117 - Prospektus Pengurusan SKKS 2021 V2
P. 117
BUKU PENGURUSAN SK (FELDA) KERATONG 1 2021
9. Memastikan senarai harga makanan dipamerkan dan makanan ditutup dan tidak
didedahkan kepada lalat.
10. Memastikan makanan yang disediakan untuk sesi pagi dan sesi petang mencukupi.
11. Memaklumkan kepada pihak pengusaha tentang hari-hari persekolahan dan aktiviti-
aktiviti yang akan dijalankan pada hari Sabtu.
12. Memastikan murid-murid dan guru mempunyai tempat duduk yang
mencukupi, selamat dan sesuai.
13. Mengatur jadual tugas mengawas murid-murid semasa rehat untuk ahli-ahli
jawatankuasa kantin.
14. Merekod dan membuat laporan harian dalam Buku Laporan Kendiri Kantin.
15. Menyampaikan Laporan Bulanan kepada Guru Besar/PK Hem untuk dihantar kepada
PPD setiap awal bulan untuk prestasi bulan lepas.
16. Memaklumkan kepada pengusaha kantin sekiranya beliau telah melanggar
17. Mana-mana syarat yang berkaitan dengan penjualan makanan seperti yang
terkandung dalam perjanjian kantin.
18. Merancang program berkenaan makanan sihat dan seimbang serta adab dan
tatacara serta tatalaku murid semasa berada di kantin.
19. Merancang, melaksana serta membuat kertas kerja bagi projek keceriaan kantin
sekolah
20. Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit kantin
21. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa
9) UNIT RMT DAN SUSU 1 MALAYSIA
1. Memilih dan menentukan murid-murid yang layak menerima bantuan RMT.
2. Memilih dan menyediakan senarai nama murid ganti sekiranya murid yang menerima
RMT tidak hadir ke sekolah pada hari tertentu.
3. Merekod, mengemaskini serta menyimpan rekod murid-murid yang layak menerima
bantuan di bawah RMT.
4. Merangka Jadual Bertugas bagi guru-guru RMT untuk mengawasi murid-murid di
bawah RMT.
5. Memantau pelaksanaan RMT agar program berjalan mengikut perancangan yang
teratur dan tersusun.
6. Mengadakan perjanjian dengan pengusaha kantin untuk menyediakan makanan
kepada bilangan murid yang layak menerima RMT sepanjang tahun.