Page 3 - AMUGERAH NILAM 2019
P. 3
Majlis Anugerah Nilam 2019
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izin dan
kurnianya, maka Majlis Anugerah Nilam SKBG2 2019 telah dapat dirancang dan
dilaksanakan dengan jayanya bagi kali yang keempat.
NILAM yang merupakan akronim bagi “Nadi Ilmu Amalan Membaca” dilaksanakan
untuk memastikan budaya cintakan ilmu berjaya di pupuk dalam kalangan semua lapisan
masyarakat terutamanya warga sekolah khususnya murid-murid dan guru-guru.”Budaya”
Kata Alu-aluan yang kaya dengan maklumat.
Merupakan “suatu cara hidup”. Jadi membudayakan tabiat membaca bermakna
menjadikan amalan membaca sebagai suatu cara hidup. Oleh itu, selaras dengan hala tuju
kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, serta masyarakat
Melalui Program Nilam, seperti mana maklum pengikhtirafan peringkat sekolah
bermula dengan ganjaran 1 Bintang, 2 Bintang, 3 Bintang, 4 Bintang dan 5 Bintang
diberikan kepada murid yang terlibat selaras dengan tahap pembacaan pelajar itu sendiri.
Sehubungan dengan itu, SKBG2 telah melaksanakan Nilam bersama-sama
warga sekolah dan ibubapa. Oleh itu, hari ini merupakan hari pengikhtirafan terhadap
semua pihak yang terlibat dalam program ini dalam majlis yang gilang gemilang. Semoga
dengan adanya majlis pengikhtirafan seumpama ini akan dapat meningkatkan lagi tabiat
suka membaca dalam kalangan warga SKBG2.
Akhir sekali, syabas dan tahniah kepada Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
dan AJK yang telah berusaha dengan penuh iltizam dalam melaksanakan Program Nilam
di sekolah dan seterusnya mengadakan majlis pada hari ini. Kesungguhan dan komitmen
yang diberikan, pihak sekolah amat menghargai, setinggi-tinggi terima kasih atas
kerjasama ini. Tidak lupa juga kepada Guru Besar dan semua guru yang sentiasa
menyokong setiap program yang dirancang oleh Pusat Sumber Sekolah.
Sekian, terima kasih.
PN. SARBANUN HJ NASRI
PENOLONG KANAN 1
SK. BUKIT GARAM 2