Page 3 - AMALI FIZIK MAISARAH_EBOOK
P. 3

TAJUK

               Frekuensi Asas dan Frekuensi Resonan bagi satu model petikan bertali.


               TUJUAN
               Untuk menentukan frekuensi arus ulang alik menggunakan Sonometer.


               TEORI / PENGENALAN











                       Sonometer  atau  model  petikan  bertali  merupakan  alatan  yang  digunakan  untuk

               mengukur  frekuensi  resonan  dengan  menyelaraskan  ketegangan  wayar  dan  jisim  wayar.
               Apabila menggunakan sonometer, getaran melintang dari dawai yang diregang akan terhasil.
               Hal ini akan menyebabkan penghasilan medan magnet di sekeliling gelung apabila arus ulang

               alik  mengalir  melalui  gegelung  electromagnet  (Michael  J,2012).  Kemudian,  apabila
               elektromagnet tersebut didekatkan di bahagian tengah wayar sonometer, wayar sonometer

               akan ditarik dan berayun mengikut kitaran kemagnetan elektromagnet tersebut. Oleh yang
               demikian,  sekiranya  frekuensi  asli  wayar  sonometer  adalah  sama  dengan  frekuensi  arus
               ulang  alik  yang  mengalir  melalui  gegelung  elektromagnet,  maka  wayar  sonometer  akan

               berayun dengan ampiltud yang paling tinggi yang turut dikenali sebagai resonans.

                       Melalui eksperimen yang dijalankan, jumlah arus ulang alik adalah dimalarkan, maka
               kedua-dua hujung wayar sonometer telah ditetapkan. Hal ini menyebabkan berlakunya suatu

               gelombang pegun dengan panjang gelombang,

                                      λ = 2l ( di mana l  adalah panjang wayar sonometer).


               Apabila wayar sonometer ditegangkan dengan daya tegangan T, maka halaju perambatan
               gelombang melintang melaluinya, v dirumuskan sebagai,






                                         µ = adalah jisim per unit panjang wayar
   1   2   3   4   5   6   7