Page 6 - AMALI FIZIK MAISARAH_EBOOK
P. 6

PERBINCANGAN

               Contoh pengiraan bagi penggunaan berat beban = 1.50 kg,
               1.  Berat beban = 1.50 kg
                   Ketegangan Wayar         = mg (N)

                                            = 1.50 (9.80)
                                            = 14.7 N


                    Berat wayar  = 0.45 g / 1000
                                 = 0.00045 kg

                    Panjang wayar  = 16 cm + 17 cm + 17 cm / 3
                                     = 16.67 cm

                                     = 0.17 m

               2.  µ= m / l
                      = 0.00045 / 0.17
                                 -3
                      = 2.647 x 10 kgm


               3.  f (Hz),

                               =  1       √14.7/ 2.647x10 -3
                                2(0.17)
                               = 2.94 √ 5553.46
                               = 219.09 Hz

                       Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, nilai frekuensi arus ulang alik adalah

               bertambah apabila jisim beban bertambah. Hal ini menunjukan bahawa arus ulang-alik (AC,
               atau AU) merupakan satu bentuk arus elektrik yang arah alirannya berulang-alik dan tidak

               seperti arus terus (DC atau AT), yang mana arah alirannya adalah tetap. Bentuk gelombang
               yang lazim bagi arus AC adalah dalam bentuk gelombang sinus disebabkan oleh penghasilan
               satu bentuk penghantaran elektrik yang paling cekap.  Namun yang demikian, sesetengah

               aplikasi telah menggunakan bentuk gelombang yang berbeza, seperti bentuk gelombang segi
               tiga ataupun gelombang segi empat sama.

                       Berdasarkan eksperimen yang telah dilaksanakan, jika satu arus ulang alik melalui

               elektromagnet, pemagnetan terjadi pada teras magnet adalah berkadar dengan nilai arus.
               Jika elektromagnet didekatkan pada tengah wayar sonometer, wayar akan tertarik dua kali

               setiap kitaran terhadap magnet. Daya tarikan yang dialami oleh wayar akan berkadar dengan
               pemagnetan yang dihasilkan oleh teras elektromagnet. Pada setiap kitaran, wayar akan ditarik
               dua kali dan pada resonan, ia akan berayun pada frekuensi yang dua kali ganda frekuensi

               arus ulang alik.
   1   2   3   4   5   6   7