Page 2 - Buku Aturcara TSOS 2019
P. 2

kata ALU-ALUAN
          Ikrar temasya sukan olahraga sekolah                                                                 YANG BERBAHAGIA DATIN FITRIANI BINTI WAHID
                                                                                                                          (PENGETUA CEMERLANG)



                                   Kami berikrar,                                        Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

                    bahawa kami akan mengambil bahagian                                  Alhamdulillah,  syukur kita ke  hadrat  Allah S.W.T kerana  dengan  limpah  kurnia dan izin-NYA,  SMK Tawau  sekali
                                                                                         lagi berjaya menganjurkan Temasya Sukan Olahraga Sekolah SMK Tawau  kali yang ke-54 pada tahun ini.

                    dalam Temasya Sukan Olahraga Sekolah                                 Aktiviti sukan sudah lama dijadikan  fokus dalam sistem pendidikan di Malaysia dan wajib dijalankan sepanjang
                                                                                         tahun  melalui  Dasar 1 Murid  1 Sukan.   Temasya Sukan  Olahraga Sekolah  merupakan  salah  satu wahana  untuk
                     Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau                                   mencapai  wawasan  negara  dan  pembudayaan  sukan  dalam  kalangan  pelajar  sekolah.    Budaya  sukan  dalam
                                                                                         kalangan semua  pelajar adalah untuk memperlengkap kecemerlangan sistem pendidikan bagi melahirkan modal
                                                                                         insan yang seimbang dan holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
                              Kali Ke-54 Tahun 2019
                                                                                         Dasar  1Murid  1Sukan  yang  diperkenalkan  mewajibkan  setiap  murid  menyertai  sekurang-kurangnya  satu  aktiviti
                                 dengan taat setia,                                      sukan  di  sekolah.    Bagi  menyokong  dasar  tersebut,  SMK  Tawau  telah  menjadikan  program  merentas  desa,
                                                                                         sukantara  dan  supersolo    sebagai  aktiviti  tahunan  untuk  memberi  peluang  secara  menyeluruh  kepada  semua
                                                                                         murid  melibatkan  diri  dalam  aktiviti  sukan  secara  lebih  terurus  dan  terancang.  Dengan  ini  setiap  murid  dapat
                          menghormat undang-undang,                                      menikmati  manfaat  bersukan  dengan  harapan  program-program  ini  dapat  membentuk  generasi  yang
                                                                                         membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik. Semoga usaha sekolah mengoptimumkan kecergasan
                            dan bersungguh-sungguh                                       murid  melalui  pembudayaan  sukan  di sekolah  dapat melahirkan generasi  yang  sihat,  cergas dan berdaya  saing
                                                                                         yang tinggi.

                               mengambil bahagian                                        Dalam  usaha  merealisasikan  hasrat  dan  aspirasi  Kementerian  Pendidikan,  pihak  sekolah  sentiasa  berusaha
                                                                                         menganjurkan  pelbagai program  yang  diyakini dapat  meningkatkan  pencapaian  kokurikulum  pelajar khususnya
                                                                                         dalam bidang sukan. Saya bersyukur kerana pelbagai program peningkatan prestasi kokurikulum telah memberi
                           dengan semangat yang jujur                                    impak yang positif dalam merealisasikan kejayaan para pelajar di SMK Tawau.  Oleh itu, program-program ini akan
                                                                                         diperkasakan  lagi bagi meneruskan kejayaan pada masa akan datang.  Sesungguhnya  kejayaan yang dicipta ini
                     untuk kehormatan dan kejayaan sukan.                                merupakan  hasil  gabungan  komitmen  guru,  kegigihan  pelajar,  keprihatinan  ibu  bapa  dan  kepekaan  pihak
                                                                                         Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Tawau.

                                                                                         Saya  amat berbangga kerana sebagai agen perubahan, sekolah  ini telah berjaya mencungkil bakat dan potensi
                                                                                         pelajar-pelajar  dalam  bidang  sukan.  Tahniah  dan  syabas  kepada  para  pelajar  yang  telah  mengharumkan  nama
                                                                                         sekolah  dan  telah  berusaha  gigih  untuk  meningkatkan  kecemerlangan  sekolah  dalam  bidang  sukan.  Kejayaan
                                                                                         SMK  Tawau  dalam  bidang  sukan  dan  kokurikulum  terlalu  banyak.    Kejayaan  SMK  Tawau  bukan  setakat  di
                                                                                         peringkat daerah tetapi meraih pelbagai kejayaan sampai ke peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

                                                                                         Pihak sekolah juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak
                                                                                         PIBG  sekolah  yang  sentiasa  bekerjasama  dan  berganding  bahu  menggerakkan  usaha  kearah  kecemerlangan
                                                                                         sekolah  ini.    Pihak  PIBG  banyak  memberi  sokongan  moral  dan  dana  kepada  sekolah  khususnya  dalam  bidang
                                                                                         kokurikulum.    Begitu  juga dengan rakan-rakan  agensi sekolah  dan jurulatih-jurulatih luar yang sentiasa prihatin
                                                                                         terhadap sekolah ini dan banyak membantu kejayaan pelajar dalam bidang kokurikulum khususnya dalam latihan
                                                                                         olahraga.

                                                                                         Akhir  kata,  saya  ingin  mengucapkan  tahniah  kepada  Ahli  Jawatankuasa  Pengelola  kerana  telah  dapat
                                                                                         menganjurkan Temasya Sukan Olahraga Sekolah SMK Tawau 2019 dengan jayanya. Kejayaan dalam bidang sukan
                                                                                         hanya  dapat  dicapai  melalui  usaha,  ketekunan,  perancangan  yang  rapi  dan  pengorbanan.    Tidak  ada  kejayaan
                                                                                         yang  mudah  dicapai  melainkan  melalui  perjuangan  yang  berterusan.  Kemenangan  memanglah  penting  dalam
                                                                                         setiap pertandingan tetapi yang lebih utama ialah mengambil bahagian dan mengutamakan semangat kesukanan.
                                                                                         Kekalahan atau  kemenangan dalam sesuatu pertandingan sudah menjadi adat.  Tahniah diucapkan kepada para
                                                                                         atlet  yang mengambil bahagian  dan  meraih  pingat temasya  sukan  dan  atlet  yang tidak  tidak berjaya janganlah
                                                                                         berputus  asa  kerana  penyertaan  para  pelajar  sudah  pun  menunjukkan  bahawa  para  pelajar  telah  mencipta
                                                                                         kejayaan.

                                                                                         Sekian, terima kasih.




                                          3                                                                                   4
                                                                               2                                                                                   3
   1   2   3   4   5   6   7