Page 3 - Buku Aturcara TSOS 2019
P. 3

Sekapur sirih
        YANG BERUSAHA TUAN HAJI DARMAN SHAH BIN HAJI ASAKIL                                           Ahli jawatankuasa pengelola
                 (PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH TAWAU)




     Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.                                     JAWATANKUASA INDUK TEMASYA SUKAN OLAHRAGA SEKOLAH

     Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T  atas kurnia-Nya dapat saya menukilkan kata alu-aluan dalam buku atur cara   PENGERUSI    : DATIN FITRIANI BINTI WAHID
     Temasya  Sukan  Olahraga  Sekolah  peringkat  SMK  Tawau  tahun  2019.  Saya  mengambil  kesempatan  ini  untuk
     merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada warga SMK Tawau kerana telah berjaya mengadakan majlis yang
     amat bermakna ini.                                                                     TIMBALAN PENGERUSI     : PUAN HAJAH SARIMAH BINTI HAJI SAAD

     Temasya  Sukan  Olahraga  Sekolah  ini  merupakan  wahana  dalam  mencari  dan  menggilap  bakat  para  atlet  di   NAIB PENGERUSI 1   : PUAN HAJAH PATIMAH BINTI PATEROI
     samping mengeratkan ukhuwah dalam  kalangan  para atlet. Saya percaya temasya sukan  ini mampu melahirkan
     bakat-bakat besar dalam bidang sukan. Malah kegiatan sukan ini sewajarnya menjadi budaya rakyat Malaysia ke
     arah  meningkatkan  kesihatan  dan  kualiti  kehidupan.    Sukan  bukan  sahaja  dapat  mengekalkan  kesihatan  fizikal   NAIB PENGERUSI 2   : PUAN HAJAH SHARIFFAH ANISAH BINTI SYED ARIFFIN
     malah  dapat  membina  kekuatan  mental  seperti  mengawal  emosi,  fokus,  menyusun  strategi  dan  membina
     semangat berpasukan.
                                                                                            NAIB PENGERUSI 3       : TUAN HAJI MOHAMED RAFIE BIN SABAKTULLAH
     Hasrat dan  inspirasi Kementerian  Belia dan  Sukan  ialah  menjadikan Malaysia sebagai  negara yang mempunyai
     rakyat  yang  sentiasa  bersukan  sehingga  menjadi  satu  budaya  hidup.  Semangat    kesukanan  yang  tinggi  dalam    NAIB PENGERUSI 4   : ENCIK OOI CHOON HOCK
     kalangan  atlet  dapat melatih  diri  para atlet  untuk  mempunyai minda  yang  terbuka  dan sanggup  menerima  dan
     memberi respon dalam pelbagai situasi. Perkara yang penting ialah para pelajar  hendaklah merebut peluang ini
     kerana  temasya  sukan  sebegini  dapat  memupuk  nilai-nilai  positif  dan  meningkatkan  kesejahteraan  diri  kita       PENYELARAS   TEMASYA  : ENCIK RASYIDY BIN MOHD SIDEK
     seterusnya membentuk modal insan yang berkualiti. Di samping itu, temasya sukan ini juga akan mempamerkan   SUKAN OLAHRAGA SEKOLAH
     semangat kesukanan dan daya juang yang tinggi. Gunakan kesempatan yang ada untuk mengukur keupayaan diri
     masing-masing.  Saya  percaya  dan  yakin  bahawa  semua  pelajar  mempunyai  potensi  yang  tersendiri  selaras
     dengan     Falsafah Pendidikan Kebangsaan.                                                                   KETUA DAN PENOLONG RUMAH SUKAN

     Kerajaan  berhasrat  bukan  sahaja  menggalakkan  budaya  bersukan  tetapi  menitikberatkan  penglibatan  bersama   WIRA    : ENCIK AMIN ABDULLAH ONG (K)
     dalam aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan rakyat antara satu sama lain tanpa mengira umur, bangsa      ENCIK SABARUDI BIN LAWE (P)
     dan  agama.  Aktiviti sukan   berupaya memupuk perpaduan  antara  kaum dalam  kalangan masyarakat  majmuk  di
     Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan  Malaysia  hingga dikenali di peringkat antarabangsa.  Semangat
     kerjasama  dan  bertoleransi  amatlah penting dalam menjayakan sesuatu  aktiviti  sukan.  Semua  ahli sukan  mesti   SATRIA    : ENCIK RHAYMAYAZLAN BIN BAHRIM (K)
     bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama. Kegiatan sukan yang berterusan     ENCIK MOHD ADIL BIN MAKMUR (P)
     juga  menjadi  satu  daripada  benteng  yang  menjadi  penghalang  kepada  para  pelajar    daripada  terlibat  dalam
     pelbagai aktiviti  yang  tidak sihat.  Melalui latihan persiapan  mental  dan  spiritual,  seseorang atlet  itu  dilatih  agar
     mempunyai daya saing dan semangat yang tinggi.                                         PENDEKAR               : ENCIK SAMSUDDIN BIN IJUM (K)
                                                                                                                     ENCIK MAT SALLEH BIN HASSAN (P)
     Saya  yakin  kejayaan  yang  dicapai  oleh  SMK  Tawau  dalam  bidang  kokurikulum  khusunya  bidang  sukan  bukan
     sesuatu yang mudah tanpa kerjasama dan kerja sepasukan warga sekolah ini. Hasil gabungan kerjasama mantap   PERKASA   : ENCIK AHMAD SOBRI BIN HASIM (K)
     yang  terjalin,  satu  jaringan  kecemerlangan  akademik  dan  kokurikulum  yang  tinggi  mampu  digapai.  Kita  perlu      ENCIK JASON J. TALAD (P)
     menjadikan  hubungan  antara  warga  sekolah  dan  ibu  bapa  sebagai  hubungan  yang  berasaskan  rasa
     tanggungjawab  bersama,  saling  memerlukan  dan  sentiasa  menyokong  antara  satu  sama  lain  bagai  aur  dengan
     tebing.   Saya  berharap agar pencapaian  cemerlng sekolah  ini  akan  terus  berkekalan  dan  lebih  cemerlang  pada
     masa hadapan. Marilah kita bersama-sama membulatkan tekad dan berusaha gigih untuk memastikan pendidikan
     di Malaysia khususnya di negeri Sabah berada di puncak kegemilangan.

     Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak sekolah
     kerana berjaya menganjurkan Temasya Sukan Olahraga Sekolah tahun 2019. Tahniah diucapkan kepada para atlet
     yang  mengambil  bahagian  dan  berjaya  meraih  pingat  dalam  temasya  sukan  ini.  Tunjukkanlah  semangat
     kesukanan  yang  tinggi  dan  jadikan  kemenangan  sebagai  dorongan  dan  cabaran  kepada  pihak  lain  dalam
     pertandingan-pertandingan  yang  akan  datang.  Bagi  atlet  yang  gagal  menjadi  johan  atau  mendapat  tempat,
     diharapkan  tidak berputus asa tetapi sebaliknya hendaklah mencuba lagi. Jadikan kekalahan pada hari ini sebagai
     satu titik permulaan ke arah kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

     Sekian, terima kasih.




                                          5                                                                                   6
                                                                               4                                                                                   5
   1   2   3   4   5   6   7   8