Page 10 - MENGHURAIKAN CABARAN-CABARAN DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA TENTANG JENAYAH SIBER
P. 10

LANGKAH –LANGKAH MENGATASI JENAYAH SIBER





                                                              MEMPERKENALKAN  PENDIDIKAN  ETIKA

                                                                      DALAM PENGGUNAAN SIBER
                                          Institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti adalah tempat

                                          permulaan dalam membentuk generasi yang berilmu pengetahuan
                                          dan mampu menjadi pengubah masyarakat. Pengetahuan seperti

                                          tidak membuka emel atau pautan yang meragukan dan tidak
                                          sahih serta tidak tertipu dengan panggilan telefon yang
                                          menyuruh kita memindahkan wang tanpa hitam putih perlu diajar

                                          kepada kanak-kanak dan golongan remaja. Hal ini kerana mereka
                                          mudah terpengaruh dan digunakan oleh penjenayah siber dalam

                                          mencari keuntungan. Pihak kerajaan pula perlu membuat
                                          pendidikan atau modul pembelajaran kepada setiap agensi
                                          seterusnya menjadi model kepada sektor swasta dalam mendidik

                                          setiap pekerja akan keselamatan siber supaya terhindar daripada
                                          sebarang jenayah.
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15