Page 9 - MENGHURAIKAN CABARAN-CABARAN DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA TENTANG JENAYAH SIBER
P. 9
LANGKAH –LANGKAH MENGATASI JENAYAH SIBER
MENGKAJI DAN MEWUJUDKAN UNDANG-UNDANG SIBER
Isu keselamatan siber semakin menjadi topik tumpuan dalam konfederasi
malah perbincangan antara masyarakat dalam media sosial. Maka, pihak
kerajaan seharusnya menggumpulkan pakar-pakar teknologi dalam
mencari buah fikiran dalam merangka undang-undang agar dapat
diwujudkan bagi mencegah jenayah siber. Ahli masyarakat sepatutnya
membuat laporan kepada pihak yang berkenan sekiranya terbabit atau
melihat sebarang kegiatan meragukan dan melibatkan jenayah siber agar
penjenayah tersebut dapat didakwa dan dikenakan tindakan yang tegas.
Laman-laman sesawang kerajaan turut menghadapi ancaman yang besar
daripada perlakuan jenayah siber ini dan pihak kerajaan sepatutnya sedar
dan menjadi organisasi utama yang membina laman sesawang atau
aplikasi teknologi yang selamat untuk digunakan dan bebas daripada
risiko jenayah.