Page 106 - Annual Report UKM 2019
P. 106
104
PERKONGSIAN PINTAR DAN KETERLIBATAN STRATEGIK
Sekolah@UKM
Pada 2018, sebanyak 48 program di bawah inisiatif Sekolah@UKM telah diadakan termasuklah Program Usahawan Cilik anjuran FEP, “Mulut Sihat, Minda Cerdas” (Healthy Mouth, Healthy Mind) anjuran FGG, Profesor ke Desa anjuran FKAB dan Gema Ilmu Sekolah@UKM. Seramai 5,000 pelajar yang berumur antara 4-19 tahun dan guru telah dimanfaatkan melalui sumbangan kepakaran warga UKM kepada sekolah yang terlibat.
Buat pertama kalinya, program Gema Ilmu Sekolah@UKM telah diadakan untuk memperkenalkan serta mempromosi aktiviti/program/projek di bawah Sekolah@UKM kepada sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Program Gema Ilmu Sekolah@UKM ini berkolaborasi dengan Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi. Sekolah Kebangsaan Jalan Empat adalah penganjur kepada Karnival MATHsTARI peringkat kebangsaan.
Karnival yang ditindik bersama Program Gema Ilmu Sekolah@UKM ini merupakan contoh terbaik jalinan kerjasama yang termeterai selama tiga tahun berturut- turut. Impak pelaksanaan program ini telah membantu Sekolah Kebangsaan Jalan Empat dalam melestarikan pembangunannya sebagai sekolah kluster kecemerlangan UKM.
Selain itu, program ini juga bertujuan meningkat dan memperkukuhkan jaringan kerjasama antara UKM dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk masyarakat, industri dan sebagainya melalui pelbagai program dan aktiviti yang berimpak tinggi.
LAPORAN TAHUNAN 2018