Page 107 - Annual Report UKM 2019
P. 107
UKM4Bangi – Anjung Santai
Anjung Santai adalah salah satu inisiatif UKM4Bangi yang berperanan sebagai medan perkongsian kepakaran dan keilmuan antara UKM dengan masyarakat melalui pelbagai bentuk aktiviti/program yang dijalankan di Pusat Perniagaan Kipmall, Bangi. Inisiatif ini turut disokong oleh Johor Corporation dan Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor (PPAS).
Anjung Santai bertujuan menggalakkan budaya cinta ilmu dan pembacaan dalam masyarakat seiring dengan usaha Menteri Pendidikan untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca menjelang 2030 di samping mendekatkan UKM dengan komuniti Bangi.
Beberapa aktiviti selingan diadakan sempena program ini untuk menarik perhatian pengunjung, antaranya aktiviti termasuk pertandingan The Loudest Exzos, Bikes Cun Contest, Arm Wrestling, pameran Kenali Ubat Anda, pemeriksaan kesihatan percuma dan Charity Ride to Community.
105
360˚ Kampung Angkat UKM
Kampung Angkat UKM adalah inisiatif UKM untuk merapatkan jurang di antara masyarakat dengan universiti, sesuai dengan sejarah penubuhan UKM. Projek 360° Kampung Angkat UKM ini terdiri daripada tiga kampung perintis iaitu Kg. Pulau Manis, Pekan, Pahang dan Kg. Sungai Buah (Orang Asal Bangi), Dengkil, Selangor dan Kg. Baru Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu.
UCTC UKM dengan kerjasama Fakulti Pengajian Islam (FPI), Pusat Islam dan Unit Zakat mengadakan program keagamaan bersama penduduk kampung angkat. Penglibatan pengurusan universiti dan pensyarah mempamerkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini.
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA