Page 108 - Annual Report UKM 2019
P. 108

 106
PERKONGSIAN PINTAR DAN KETERLIBATAN STRATEGIK ANTARABANGSA
  Bagi mencapai keunggulan global, jaringan dengan pelbagai badan kerajaan, institusi penyelidikan serta jaringan antarabangsa adalah antara pendekatan yang digunakan oleh UKM untuk meningkatkan nama UKM ke persada antarabangsa.
Di rantau Asia, UKM menyertai lima jaringan yang bertujuan untuk mengukuhkan jaringan penyelidikan, mendukung mobiliti kakitangan dan pelajar serta perkongsian teknologi dan kepintaran dalam kalangan ahlinya. Jaringan seperti berikut:
1. University Mobility in Asia and the Pacific (UMAP);
2. ASEAN University Network (AUN);
3. ASEA-Europe University Network (ASEA-UNINET);
4. The Association of Universities of Asia and the Pacific (AUAP);
5. The Association of Southeast Asia Institutions of Higher Learning (ASAIHL).
Sekretariat AUN telah memberi kepercayaan kepada UKM yang dipilih antara 30 ahli untuk menerajui dua jaringan bertema dalam AUN iaitu AUN University Social Responsibility dan Sustainability (AUN USR&S) dan AUN- ASEAN Economic Community (AUN – AEC).
Susulan itu, 95 lawatan antarabangsa oleh rakan strategik dari seluruh dunia telah diterima oleh UKM sepanjang 2018. Sebahagian besar daripada lawatan tersebut (72 lawatan) adalah rakan strategik dari negara-negara Asia seperti Thailand, Indonesia, Korea Selatan dan Brunei.
   LAPORAN TAHUNAN 2018























































































   106   107   108   109   110