Page 112 - Annual Report UKM 2019
P. 112
110
PERKONGSIAN PINTAR DAN KETERLIBATAN STRATEGIK
ASEAN Youth Volunteer Programme (AYVP)
UKM dengan sokongan Sekretariat ASEAN, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah menganjurkan ASEAN Youth Volunteer Programme (AYVP) Malaysia 2018 yang bertemakan Protecting ASEAN’s Natural Heritage di UKM dan Pulau Langkawi, Kedah pada 24 Julai 2018 sehingga 20 Ogos 2018.
AYVP keenam ini berperanan mempromosikan sukarelawan belia melalui pemerkasaan persefahaman silang budaya dan pembangunan identiti serantau sementara menggalakkan belia ASEAN untuk menyumbang kepada pembangunan sosial, ekonomi, dan alam sekitar komuniti ASEAN. Pelan Kerja ASEAN mengenai “Belia (ASEAN Work Plan on Youth)” 2016–2020 telah menggariskan AYVP sebagai agenda penting.UKM adalah satu-satunya universiti di ASEAN yang memikul agenda sukarelawan dalam pelan kerja ini.
Pada minggu pertama dan kedua, 50 sukarelawan belia berumur antara 18-30 tahun yang terpilih dari Malaysia dan negara-negara ASEAN diberi pendedahan tentang kewarganegaraan ASEAN, keusahawanan sosial, pembangunan edupelancongan, pengurusan projek serta warisan semula jadi dan budaya. Pada minggu ketiga dan keempat, mereka ditempatkan di Kampung Kilim, Pulau Langkawi untuk tugasan di lapangan.
Kumpulan sukarelawan belia ini juga diberi mandat untuk membantu Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad membangunkan pakej edupelancongan yang berasaskan komuniti bagi menyokong persediaan penilaian semula Langkawi Global Geopark kali ketiga oleh UNESCO pada tahun 2019.
AYVP 2018 juga membantu meningkatkan kesedaran awam mengenai komuniti ASEAN melalui penganjuran ASEAN Unity Run yang melibatkan lebih 700 orang peserta dari 14 negara dan pelbagai agensi kerajaan di Pulau Langkawi.
LAPORAN TAHUNAN 2018