Page 114 - Annual Report UKM 2019
P. 114

 112
PERKONGSIAN PINTAR DAN KETERLIBATAN STRATEGIK
The 4th AsiaEngage Regional Conference 2018,   Persidangan tahun ini bertujuan membawa semua pihak
  Chiang Mai, Thailand
Platform serantau yang dianjurkan setiap dua tahun ini bagi tujuan penyelidikan dan pendidikan. Misi penglibatan institusi pendidikan tinggi sekaligus bagi mewujudkan kerjasama yang memberi manfaat antara pemegang taruh di pelbagai sektor - institusi pendidikan tinggi, masyarakat, industri, kerajaan, agensi antarabangsa, yayasan dan NGO dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan rakyat di seluruh ASEAN dan Asia.
UKM selaku pemilik jenama AsiaEngage bekerjasama dengan Chiang Mai University untuk menganjurkan the 4th AsiaEngage Regional Conference 2018 dengan jayanya bermula dari 25-28 November 2018 di Chiang Mai Thailand. Persidangan yang bertemakan Rising to the Challenges of the SDGs in Asia through University Engagement. Ini adalah inisiatif baharu di bawah The ASEAN University Network thematic network for University Social Responsibility & Sustainability (AUN USR&S)
berkepentingan untuk membincangkan SDG melalui dialog, pembelajaran bersama dan perkongsian antara sektor yang berbeza dalam menangani cabaran. Pada masa yang sama berusaha menonjolkan bagaimana universiti boleh bekerjasama dengan komuniti, masyarakat awam, kerajaan, industri dan perniagaan, dan organisasi antarabangsa, secara kolektif dan bertindak-balas dengan cepat bagi menyahut cabaran SDG.
Seramai 200 peserta mendaftar, sebanyak 100 artikel yang meliputi kelima-lima subtema dibentangkan dan lima sesi selari yang meliputi 16 SDGs dibincangkan. Dalam persidangan, diadakan juga mesyuarat AUN USR&S Steering Committee dan antara yang telah dibincangkan adalah aktiviti AUN USR&S, pelaporan AUN USR&S dalam Matrix of Priority 2.3 ASEAN+3 Plan of Action for Education 2018-2025 dan UKM sebagai tuan rumah 5th AsiaEngage Regional Conference 2020.
  LAPORAN TAHUNAN 2018


























































































   112   113   114   115   116