Page 115 - Annual Report UKM 2019
P. 115

 INTEGRASI ASEAN
Penyelidikan Cabaran Perdana Integrasi ASEAN merupakan salah satu bidang penyelidikan yang mampu mengangkat kecemerlangan dan kegiatan penyelidik bersama pihak berkepentingan dalam menyampaikan penyelidikan translasi-multidisiplin.
Integrasi ASEAN banyak menjalankan kerjasama dengan rakan industri dari peringkat antarabangsa dan kebangsaan antaranya ialah mengkaji trend ekonomi ASEAN di samping mengkaji hubungan diplomasi dan keselamatan siber di antara negara-negara ASEAN. Integrasi ASEAN juga berjaya mendapat sokongan penuh dari MITI dan menyokong UKM mewujudkan semula Pusat Kajian APEC memandangkan Malaysia merupakan hos APEC bagi tahun 2020. Pusat Kajian ini menumpukan kajian merangkumi WTO dan ASEAN yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan dan pelaburan.
Melalui kajian peningkatan ekonomi Homestay Tradisi ASEAN melalui Pembangunan Keusahawanan, penyelidik berjaya mengumpulkan dapatan kajian yang berfungsi dalam menambah baik system sedia ada bagi meningkatkan taraf ekonomi pengusaha homestay yang terdiri dari penduduk luar bandar. Pembentukan dasar polisi integrase pelancongan homestay peringkat ASEAN juga akan dibangunkan sebaik sahaja apabila Dana Cabaran Perdana ini selesai.
Integrasi ASEAN juga menekankan penglibatan penyelidik UKM dalam industri penerbangan dan mengkaji impaknya terhadap Ekonomi ASEAN dengan kerjasama Air Asia Berhad. Kerjasama ini melibatkan penilaian kertas polisi Aviation Act di Malaysia dengan perbandingan merujuk kepada negara-negara ASEAN lain seperti Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura dalam bidang ekonomi, kesan kepada syarikat penerbangan, perdagangan antarabangsa, sektor pelancongan dan urus tadbir industri penerbangan di Malaysia. Hasil kajian ini dapat memberi panduan dalam merubah dan menambahbaik industri penerbangan di Malaysia termasuk isu keselamatan, perundangan dan penarafan penerbangan yang terbaik di peringkat ASEAN.
113
      UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA




























































































   113   114   115   116   117