Page 117 - Annual Report UKM 2019
P. 117
Sepanjang 2018, sebanyak 7,028 atau 91% berita tentang UKM mendapat liputan di media massa cetak dan elektronik berbanding televisyen 473 dan majalah 184.
Dari segi liputan di media dalam kalangan 11 akhbar, Sinar Harian mendominasi berita yang keluar dengan 592, diikuti berita di Sin Chew Daily (571), Berita Harian (562), China Press (549), Utusan Malaysia (540), Harian Metro (393), See Hua Daily News (392), Kosmo (389), The Star (305), Oriental Daily News (320), dan The New Straits Times (271).
RM60,283.20 PR VALUE 2018 RM 64,139,686.37
Perbelanjaan PR Value keseluruhan
Selaras dengan matlamat meningkatkan keserlahan di media, UKM telah membelanjakan sebanyak RM60,283.20 dengan membeli RUANG di akhbar, merencanakan berita penyelidikan serta mendapatkan slot khas di program TV yang bersesuaian.
115
RM7,000,000 RM6,000,000 RM5,000,000 RM4,000,000 RM3,000,000 RM2,000,000 RM1,000,000
RM0
JAN FEB MAC
APRIL
MEI JUN
JULAI
OGOS SEPT OKT NOV DIS
Namun demikian, ia adalah pelaburan yang baik kerana melaluinya UKM berjaya mendapat PR value sepanjang tahun 2018 hampir RM64 juta, peningkatan nilai sebanyak RM 2 juta berbanding dengan tahun 2017. PR nilai tertinggi adalah pada bulan Januari dan Oktober iaitu permulaan tahun dan sewaktu Majlis Konvokesyen UKM.
Kecemerlangan sesebuah organisasi bukan sahaja dinilai dari segi kewangan dan kedudukan dalam penarafan malah ia juga dinilai dengan melalui kepakaran dirujuk oleh khalayak umum dan media. Kepakaran UKM dan produk penyelidikan yang menyeluruh dari segi holistik dan saintifik seringkali dirujuk dan mendapat liputan yang baik dari pihak media.
Secara keseluruhannya, liputan UKM di media massa yang berterusan untuk menggambarkan pembinaan citra, imej dan reutasi UKM pada mata masyarakat, pemegang taruh dan kewibawaan sarjana dan warga UKM.
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA