Page 118 - Annual Report UKM 2019
P. 118
116
PERKONGSIAN PINTAR DAN KETERLIBATAN STRATEGIK JARINGAN ALUMNI
Jaringan kerjasama strategik dengan industri dapat dibina melalui jaringan UKM dan alumni UKM yang berpengaruh dalam sektor industri dan kerajaan. Kolaborasi tersebut memberi manfaat kepada universiti dari segi pewujudan peluang pekerjaan, membantu dalam peningkatan kemahiran insaniah pelajar dan juga keterlibatan dalam penyelidikan serta pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia telah melaksanakan beberapa inisiatif jaringan bersama alumni bagi memastikan hubungan universiti-alumni sentiasa kekal utuh. Antara program-program jaringan yang telah diadakan sepanjang tahun 2018 adalah:
MAJLIS DAN PERJUMPAAN
Perjumpaan dan aktiviti para alumni mengikut kumpulan sememangnya sentiasa diadakan antara para alumni. Antara aktiviti perjumpaan alumni
yang melibatkan universiti sepanjang tahun 2018 adalah:
13 Januari 2018 - Majlis Pertemuan Jejak Kasih 2 Alumni UKM 70 bertempat di Hotel Kinta Riverfront Ipoh, Perak
21 April 2018 - Graduan Sulung UKM 1970 telah mengadakan Program “Indahnya Silaturrahim” yang bertempat di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji, Kota Bharu, Kelantan. Diantara program yang dijalankan adalah menyantuni anak- anak Darul Aitam dan pelajar-pelajar Tahfiz Al-Quran disamping Bicara Santai Ilmu dan Pengalaman Graduan Sulong
22 September 2018 - KOR-SUKSIS UKM telah menganjurkan buat pertama kalinya Majlis Hi Tea Alumni KOR-SUKSIS bertempat di Arina Skyview Kuala Lumpur. Majlis ini bertujuan untuk mengumpul kembali alumni SUKSIS dan membincangkan aktiviti-aktiviti bersama alumni yang dapat membantu pembangunan universiti dan memperkasa alumni UKM.
3 Mac 2018 - Program Gotong Royong Perdana dan Taklimat Bersama Alumni UKM anjuran Kolej Tun Syed Nasir di Dewan Tun Syed Nasir, Kolej Tun Syed Nasir UKM. Alumni hebat yang sudi memberi taklimat dan berkongsi pengalaman kepada pelajar ialah Puan Norimanah Seman(FakultiSains Sosial Kemanusiaan 2011) yang kini bertugas sebagai Penolong Pengarang Al-Islam di Utusan Karya Sdn Bhd.
LAPORAN TAHUNAN 2018