Page 119 - Annual Report UKM 2019
P. 119
117
PROGRAM INTERAKSI
Program ini diadakan untuk mempertemukan Pengurusan Universiti sama ada Naib Canselor atau/dan Timbalan-timbalan Naib Canselor bersama alumni hebat UKM. Melalui program ini, perbincangan dua
hala diadakan bagi membincangkan isu-isu dan memperkasa pembangunan universiti. Sepanjang tahun 2018, Program Interaksi telah diadakan sebanyak 2 kali pada 7 Mei dan 3 Julai 2018.
PENERBITAN
Bagi memastikan alumni sentiasa dikemaskini dengan berita dan maklumat terkini universiti, dua penerbitan berkala diwujudkan iaitu:
Majalah SENADI – diterbitkan setahun dua kali yang memaparkan kisah- kisah alumni dan program- program bersama alumni yang dianjurkan universiti.
UKM2U – dihebahkan dua bulan sekali melalui e-mel dan dijadikan medium ringkas hehaban maklumat alumni kepada alumni.
PROGRAM INTERAKSI
Program ini mula dilaksanakan pada bulan Ogos tahun 2018 dan diadakan khas untuk Pusat Perhubungan Alumni menjejaki dan berjumpa dengan
para alumni secara lebih dekat. Melalui program ini, sesi temu bual santai diadakan bagi mendapatkan cerita-cerita menarik alumni sepanjang
pengajian dan perjalanan karier mereka. Berikut adalah alumni yang telah dihubungi bagi program ini:
Dato’ Ir. Muhamad Guntor Mansor Tobeng (FKAB 1987), Pengarah Urusan, Gading Kencana Sdn. Bhd.
Dr. Haji Ahmad Kamal Zakaria (FEP 1987), Ketua Pengarah Eksekutif, Tele-Flow Corporation Sdn. Bhd.
Puan Rodziah Zainudin (FUU 1994), Head of Legal Department, Shell Malaysia Limited.
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA