Page 113 - Annual Report UKM 2019
P. 113
CIMB Young ASEAN Leaders (CYAL)
Matlamat utama program ini adalah untuk menyokong pertukaran idea, pembelajaran serta pengalaman merentas budaya di kalangan pemimpin belia ASEAN, dan meningkatkan kualiti hidup rakyat ASEAN melalui aktiviti yang menggalakkan pembangunan mapan serta menyumbang kepada pembinaan asas yang kukuh untuk pemahaman, kejiranan dan kemasyarakatan yang lebih baik dalam kalangan negara ASEAN.
Pada tahun 2018, sekali lagi Yayasan CIMB dan Universiti “ Kebangsaan Malaysia (UKM) bekerjasama bagi penganjuran CYAL 2018 di UKM buat kali ke empat
yang bermula pada 19-24 Oktober 2018. Tema CYAL-
UKM 2018 yang dipilih pada tahun ini adalah Resilience and Innovation towards a Green, Prosperous Lifestyle: Smart City. Pengisian program seperti syarahan, bengkel dan forum mengenai identiti ASEAN, kepimpinan dalam tema yang dipilih serta aktiviti lain yang dirangka bagi meningkatkan kesedaran yang berkenaan kepada bakal pemimpin ASEAN.
Seramai 1,217 belia ASEAN memohon untuk menyertai program ini. Selepas proses tapisan melalui penilaian dan temuduga telefon, 50 belia ASEAN dipilih sebagai delegasi untuk mewakili kesemua 10 negara ASEAN.
Seramai 1,217 belia ASEAN memohon untuk menyertai program ini. Selepas proses tapisan melalui penilaian dan temuduga telefon, 50 belia ASEAN dipilih sebagai delegasi untuk mewakili kesemua 10 negara ASEAN.
111
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
“