Page 3 - MATMANS2018
P. 3
KALAM BICARA
Yang Dipertua PIBG
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Segala pujian tertentu bagi Allah, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam
ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya serta para
sahabatnya. Dalam kesempatan ini, ingin saya memanjatkan kesyukuran ke
hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya jua dapat saya mencoretkan sepatah dua
kata dalam ruangan ini.
Saya juga mengucapkan selamat datang dan syabas kepada semua ibu
bapa/penjaga dan guru-guru yang telah meluangkan masa untuk menghadiri
Mesyuarat Agung PIBG ini. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan
wadah yang bertanggungjawab memikul amanah membantu menggilap
kecemerlangan anak-anak dan memperkasakan Maahad Ahmadi Gemencheh.
Komitmen yang padu dalam kalangan anggota PIBG akan menjanjikan
kejayaan dan kepuasan bagi melahirkan insan cemerlang iaitu bangsa Malaysia
yang bertanggungjawab dan berbakti untuk agama, nusa, dan bangsa .
Sebuah sekolah yang mencapai kejayaan yang melebihi sasaran dalam bidang
akademik dan kokurikulum sesungguhnya disokong oleh kemantapan PIBG.
Melalui PIBG, diharap semua pihak dapat mencambahkan idea-idea
bernas serta buah fikiran yang berupaya meningkatkan lagi prestasi akademik
dan kokurikulum Maahad Ahmadi Gemencheh bagi melahirkan insal kamil yang
bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Marilah kita sama-sama mendokong dan membuat perancangan rapi bagi
memajukan PIBG Maahad Ahmadi Gemencheh selari dengan perubahan arus
perdana hari ini. Usaha-usaha dan penambahbaikan berterusan perlu dilakukan
segera agar kita tidak akan ketinggalan.
Akhir kata, saya amat berharap kita bersikap proaktif dalam merangka
dan melaksana program PIBG yang mampu menjana kecemerlangan Maahad
Ahmadi Gemencheh. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan dan
kerjasama serta memohon maaf jika ada kesilapan dan kesalahan yang telah
berlaku sepanjang sesi.
Sekian, terima kasih.
(HASNAN BIN HASHIM)
Yang Dipertua PIBG
Maahad Ahmadi Gemencheh
2| Mesyuarat Agung PIBG Maahad Ahmadi
Negeri Sembilan (MANS) Kali Ke-12