Page 4 - MATMANS2018
P. 4
SEKAPUR SIREH
Pengetua Maahad Ahmadi Gemencheh
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.
Syukur ke hadrat Allah S.W.T. dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita
bersama-sama mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) Maahad Ahmadi Gemencheh kali ke-12. Jutaan terima kasih kepada Ahli
Jawatankuasa PIBG dan ibu bapa yang dapat hadir pada mesyuarat kali ini.
Pendidikan merupakan satu pelaburan yang menjadi penanda aras kepada
kecemerlangan sesebuah sekolah. Justeru misi sekolah adalah untuk
membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti memenuhi aspirasi
negara Malaysia . Demi melahirkan modal insan yang cemerlang, visi sekolah
yang digarap mampu dapat digapai sama ada dalam bidang akademik,
kokurikum mahupun sahsiah pelajar. Justeru, PIBG perlu menunjukkan inisiatif serta
komitmen yang tinggi dan memikul tanggungjawab dengan penuh iltizam dan
azam yang kental dalam usaha menjana kecemerlangan sekolah.
Sesungguhnya, murid-murid hari ini perlu dilengkapi dengan kecekapan global
dalam menyelesaikan sebarang masalah ruang lingkup persekitaran budaya
silang (cross cultural environment). Menyedari perubahan ini, maka peranan PIBG
cukup hebat dalam membantu pihak sekolah menjana personaliti cemerlang
dan masa depan yang cerah untuk anak-anak Maahad Ahmadi Gemencheh
pada abad 21. Sokongan padu ibu bapa dan komuniti setempat melalui PIBG
untuk menyumbang idea, material, sokongan moral dan tenaga demi kemajuan
anak-anak kita.
Akhirulkalam, semoga usaha murni kita mendapat keberkatan dan keredaan
Allah S.W.T hendaknya. PIBG dan sekolah perlu bersikap bagai aur dengan
tebing demi menjamin kejayaan agenda pendidikan. Lantaran itu diharap PIBG
Maahad Ahmadi Gemencheh terus mara dan proaktif dalam usaha
merealisasikan visi dan misi sekolah seterusnya mencipta kegemilangan
Maahad Ahmadi Gemencheh.
Sekian, terima kasih.
(TUAN HAJI ABD RAHIM BIN MAAMOR)
Pengetua Maahad Ahmadi Negeri Sembilan
3| Mesyuarat Agung PIBG Maahad Ahmadi
Negeri Sembilan (MANS) Kali Ke-12