Page 230 - E:\CloudStation\Project\1 DONE\Ranhill CIMAH\Flip Book\
P. 230
No. Dok. ERP / WTP
PELAN TINDAKAN KECEMASAN
Muka surat 17
Revisi 0
LOKASI: Kampung Tengah 1&2
Tarikh Aug2019
5. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
5.1 TUGAS TANGGUNGJAWAB SEMUA ANGGOTA / PENDUDUK KUARTERS /
PELAWAT
Dalam kejadian kecemasan seperti kebocoran klorin semua anggota, penduduk
kuarters dan pelawat yang bukan anggota pasukan tindakan kecemasan perlu
mematuhi arahan yang diberikan jika berlaku kecemasan seperti berikut:
a) Mendengar loceng / siren amaran ;
b) Mendengar dan menerima arahan bahawa kecemasan merupakan
kecemasan klorin atau kecemasan lain;
c) Keluar dari kawasan tempat kerja atau bangunan yang diduduki dengan
segera melalui pintu terdekat;
d) Berjalan dengan pantas ke Tempat Berkumpul Kecemasan Klorin atau
Tempat Berkumpul Kecemasan Kebakaran seperti yang diarahkan.
JANGAN BERLARI dan JANGAN PANIC;
e) Berkumpul bersama dengan pasukan / rakan kerja supaya ketua pasukan /
penyelia boleh mengambil kehadiran (head count);
f) Bersedia untuk menerima arahan selanjutnya.
AMARAN:
Jangan masuk semula ke dalam bangunan semasa kecemasan berlaku untuk
mengambil barang-barang.
5.2 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PASUKAN TINDAKAN KECEMASAN
5.2.1 Wakil Syarikat (Ketua Pengeluaran)
a) Memastikan pematuhan tindakan kecemasan dan polisi pencegahan.
b) Benarkan perlaksanaan operasi tindakan kecemasan.