Page 232 - E:\CloudStation\Project\1 DONE\Ranhill CIMAH\Flip Book\
P. 232
No. Dok. ERP / WTP
PELAN TINDAKAN KECEMASAN
Muka surat 19
Revisi 0
LOKASI: Kampung Tengah 1&2
Tarikh Aug2019
g) Memberi kata putus mengenai penamatan aktiviti tindakan
kecemasan ;
h) Memastikan pembersihan selepas kecemasan dan aktiviti
dekontaminasi dijalankan untuk memastikan tempat kerja selamat;
dan
i) Mengetuai penyiasatan selepas kejadian.
5.2.4 On-Scene Commander (Penguasa Loji)
a) Memastikan keselamatan kepada anggota;
b) Memastikan semua anggota, penduduk kuarters dan pelawat telah
berkumpul di tempat berkumpul kecemasan;
c) Mengarah ERT untuk mencari dan menyelamat ;
d) Memastikan mangsa kecederaan diberi rawatan kecemasan dan
dihantar ke hospital atau klinik berhampiran dengan seberapa segera;
e) Mengarahkan ERT membuat penutupan (seal) dan mengasingkan
kawasan yang terlibat;
f) Membuat laporan perkembangan dan status kecemasan kepada
kepada Pengawal Insiden dan Pusat Operasi.
5.2.5 Pasukan Tindakan Kecemasan (Juruteknik/ Pembantu Juruteknik /
anggota loji yang terlatih)
a) Mengawal aktiviti kecemasan - kebocoran gas klorin, kebakaran;
b) Menjalankan aktiviti mencari dan menyelamat ;
c) Melaksanakan prosedur kecemasan;
d) Merekod catatan peristiwa dalam buku log dan Senarai Semak
Kecemasan;
e) Membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Polis dalam
perlaksanaan tugas;
f) Menjalankan operasi pembersihan.