Page 236 - E:\CloudStation\Project\1 DONE\Ranhill CIMAH\Flip Book\
P. 236
No. Dok. ERP / WTP
PELAN TINDAKAN KECEMASAN
Muka surat 23
Revisi 0
LOKASI: Kampung Tengah 1&2
Tarikh Aug2019
6.2.3 Siren
Siren audio diaktifkan secara manual oleh kakitangan di Command
Centre apabila berlaku kecemasan seperti kebocoran gas klorin,
kebakaran, dan pengungsian diaktifkan.
6.3 SISTEM KOMUNIKASI
Pada waktu kejadian kecemasan, komunikasi yang berkesan terhadap
perkembangan kecemasan dan risiko kejadian adalah amat penting untuk
memberitahu orang-orang yang berkenaan supaya mengambil langkah-
langkah berjaga-jaga atau untuk membantu mengendalikan kejadian
kecemasan.
6.3.1 Berkomunikasi di tapak
Sistem komunikasi utama di tapak ialah bercakap, menggunakan
telefon bimbit dan walkie-talkie.
6.3.2 Berkomunikasi dengan Pihak Luar
Sistem komunikasi utama dengan pihak luar ialah dengan
menggunakan talian telefon yang diletak di Bangunan Pentadbiran
Loji Rawatan Air. Pengurus, Penguasa, Juruteknik dan Pembantu
Juruteknik Loji dilengkapkan dengan walkie-talkie dan telefon bimbit
dan boleh dihubungi semasa dan selepas waktu pejabat.