Page 240 - E:\CloudStation\Project\1 DONE\Ranhill CIMAH\Flip Book\
P. 240
No. Dok. ERP / WTP
PELAN TINDAKAN KECEMASAN
Muka surat 27
Revisi 0
LOKASI: Kampung Tengah 1&2
Tarikh Aug2019
ii. Kebocoran Klorin Besar
a) Dalam kes kebocoran klorin besar Incident Controller
hendaklah melaporkan kejadian tersebut kepada Pusat
Operasi SAJ (SAJIC) dengan segera.
b) Pusat Operasi SAJ (SAJIC) atau On-Scene Commander
hendaklah menghubungi Perkhidmatan Sokongan Luaran
seperti pembekal Klorin, Polis, ambulans dan BOMBA.
c) On-Scene Commander atau ERT hendaklah mengarahkan
semua anggota, kontraktor atau pelawat untuk bergerak ke
tempat berkumpul kecemasan.
d) Incident Controller hendaklah mengarahkan prosedur
pengungsian atau perintah pengungsian tempat berkumpul,
jika perlu;
e) Dalam kes kebocoran klorin besar, komander pasukan
penyelamat (Polis / BOMBA) akan mengetuai operasi
menyelamat.
f) Incident Controller hendaklah mengumumkan atau
mengisytiharkan “Penamatan Kecemasan” selepas diumumkan
oleh Komander Pasukan Penyelamat (Polis / BOMBA) berada
dalam keadaan terkawal dan selamat dan boleh menyambung
semula operasi normal.
g) Selepas tindakan kecemasan diambil, Incident Controller dan
On-Scene Commander hendaklah melengkapkan Laporan
Kebocoran Gas Klorin dan menghantarkannya kepada Jabatan
Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar untuk membuat
semakan semula bagi mengenalpasti punca dan
penambahbaikan yang perlu dilaksanakan untuk mengelakkan
kejadian itu berlaku lagi di lain-lain premis.