Page 242 - E:\CloudStation\Project\1 DONE\Ranhill CIMAH\Flip Book\
P. 242
No. Dok. ERP / WTP
PELAN TINDAKAN KECEMASAN
Muka surat 29
Revisi 0
LOKASI: Kampung Tengah 1&2
Tarikh Aug2019
7.2 KEBAKARAN
7.2.1 Prosedur Tindakan Kebakaran
Ahli-ahli ERT dilatih untuk menggunakan alat pemadam api mengawal
kebakaran. Prosedur ini untuk bertindak mengawal kepada kejadian
kebakaran kecil di tapak dan mengambil tindakan seperti berikut:-
a) Membunyikan pengera (Alarm) dan memberi amaran kepada
anggota lain dengan menjerit, "Api! Api! Api!"
b) Menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) yang bersesuaian
c) Mengawal kebakaran dengan mengunakan alat pemadam api
d) Memaklumkan kejadian kepada Incident Controller
e) On-scene Commander dan ERT perlu melaksanakan
pemeriksaan, pembaikan dan pembersihan terhadap kebakaran
tersebut.
f) Menyambung semula operasi selepas mengatasi kerosakan.
Walau bagaimanapun, jika keadaan ini dinilai sebagai kebakaran besar,
ERT adalah diperlukan untuk melakukan perkara yang berikut:
a) Incident Controller hendaklah melaporkan kejadian tersebut
kepada Pusat Operasi SAJ (SAJIC) dengan segera.
b) Pusat Operasi SAJ (SAJIC) atau On-Scene Commander
hendaklah menghubungi Perkhidmatan Sokongan Luaran seperti
Polis, ambulans dan BOMBA.
c) On-Scene Commander atau ERT hendaklah mengarahkan semua
anggota, kontraktor atau pelawat untuk bergerak ke tempat
berkumpul kecemasan.