Page 3 - BUKU PENGURUSAN PENTADBIRAN 2019 EDITED2_Neat
P. 3
BUKU PENGURUSAN SKTMFP 2019
SEJARAH SEKOLAH
Sejarah Sekolah Kebangsaan Tengku Muhammad Fakhry Petra bermula
hasil pecahan sesi petang dari Sekolah Kebangsaan Gua Musang 1 pada tahun
1993.
Pendaftaran murid untuk sekolah ini adalah berdasarkan penempatan
murid di sekitar KTM, Kampung Tiong, RKT Sungai Terah,Kg. Batu Dua, Kg.
Batu Lima, Kg. Panggung Lalat Dan Kundur.
Pada masa itu, Pn. Wan Maimun Bt. Wan Mahmud telah diberi
tanggungjawab oleh PPD KK/GM untuk menerajui sekolah ini. Dibantu oleh dua
orang guru kanan serta 24 orang guru yang mengajar lebih 400 orang murid
terdiri dari murid tahun 2, 3 dan 4 sahaja. Murid Tahun 1, 5 dan 6 belajar di SK
Gua Musang 1 yang beroperasi pada sesi pagi.
Bermula tahun 1994, sekolah yang baru beroperasi setahun jagung telah
diberi nama rasmi sebagai SK Gua Musang 3 ( SKGM 3 )
Guru Besar yang pertama menjalankan tugas secara rasmi ialah Tn. Haji
Muhamad Zake B. Hj Arshad.Beliau merupakan seorang guru besar yang tegas,
tetapi peramah dan mesra dengan semua guru dan kakitangan di bawahnya.
Tn. Haji Muhammad Zake meninggalkan sekolah ini pada awal 1997
setelah 3 tahun berkhidmat menyumbang bakti bersama warga SKGM 3.
Setelah Tn. Hj Muhamad Zake bertukar, SKGM 3 diterajui pula oleh
En.Che Aziz B. Che Daud yang memulakan khidmat beliau pada 1 Mac
1997.Tidak lama menerajui SKGM 3, En. Che Aziz B, Che Daud telah berpindah
pada awal tahun 1998.
Sementara sekolah ketiadaan guru besar, PPD KK/GM telah memberi
amanah kepada En.Hisham Gunasllan B. Abdullah untuk memangku jawatan
guru besar secara tidak rasmi.
Pada April 1998,SKGM 3 telah didatangi oleh guru besar baru iaitu
En.Wan Rashidi B. Hj Wan Yacob.Semasa pentadbiran beliau, usaha yang giat
telah dilakukan untuk membolehkan sekolah mempunyai bangunan sendiri.
Hasilnya pada Februari 2002, berlangsungnya majlis perasmian
bangunan baru dengan nama baru.Bermula dari detik itu, rasmilah Sekolah
Kebangsaan Gua Musang 3 ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Tengku
Muhammad Fakhry Petra ( SKTMFP ).
3
Pelajar Didahulukan, Pencapaian Diutamakan