Page 4 - BUKU PENGURUSAN PENTADBIRAN 2019 EDITED2_Neat
P. 4

BUKU PENGURUSAN SKTMFP 2019



                          Setelah berkhidmat selama 5 tahun, En.Wan Rashidi telah bertukar angin
                   ke Kuala Krai.Beliautelah diganti pula oleh En. Mohd Noor B. Ghani. Beliau juga
                   tidak  lama  menerajui  SKTMFP.  Pada  Jun  2004,  En.  Mohd  Noor  telah
                   meninggalkan sekolah ini untuk menyumbang bakti di daerah Machang.

                          Tidak lama selepas itu, pada Ogos 2004, En.Aziz B. Mat Ail telah hadir
                   melapor  diri  sebagai  guru  besar  untuk  menerajui  SKTMFP.Hampir  3  tahun,
                   beliau bersama-sama warga SKTMFP mengerah keringat dan tenaga.

                          Pada  Mac  2007,  SKTMFP  sekali  lagi  berlaku  pertukaran  Guru  Besar
                   apabila En.Aziz B. Mat Ail berpindah ke SK Buluh Poh, Kota Bharu.Tugas dan
                   amanah mentadbir digalas pula oleh Pn. Toi Gee.Beliau seorang individu yang
                   amat dedikasi dan bertolenrasi dalam menjalankan tugasan sebagai guru besar
                   baharu di SKTMFP.

                          Patah  tumbuh  hilang  berganti,  pada  November  2013,  Puan  Toi  Gee
                   berpindah  dari  SKTMFP  ke  SK  Sri  Wangi  2.Tempat  beliau  diganti  pula  oleh
                   En.Muhamad Pauzi B. Ahamad.


                          Setelah itu SKTMFP menerima Guru Besar Baharu iaitu En. Mohd Khairull
                   Azmi B.Mat Yusof pada julai 2016 dan disusuli pula selepas itu tidak berapa
                   lama dengan En.Norazami b Nor Din sehingga Julai 2018.


                          Ogos 2018 sekali lagi SKTMFP menerima guru besar baharu. Pn
                   Farahida bt Omar tampil mengemudi Fakhry Petra dan sehingga kini beliau
                   dengan penuh semangat dan dedikasi bekerja bersama-sama guru-guru dan
                   kakitangan dengan gigih  untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar dan
                   sekolah.


















                                                                                                        4
                                                                  Pelajar Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
   1   2   3   4   5   6   7   8   9