Page 7 - MANUAL PENGURUSAN KO SKTMFP 2019
P. 7

BUKU PENGURUSAN SKTMFP 2019



                   MAJLIS SUKAN SEKOLAH

                       1.  Menentukan objektif sukan sekolah tercapai.
                       2.  Merancang aktiviti sukan sekolah jangka panjang/pendek.
                       3.  Mengenal pasti TOV dan merancangkan aktiviti sukan.
                       4.  Merancang strategi peningkatan dan penglibatan dalam sukan.
                       5.  Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang sedia ada di
                          Sekolah.
                       6.  Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan.
                       7.  Menambah kepakaran untuk peningkatan sukan sekolah melalui kursus dalaman atau
                          luaran.
                       8.  Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi menjamin
                          keselamatan, kelancaran dan kelicinan pelaksanaan.
                       9.  Mendapat kerjasama badan sukan luar untuk melatih guru dalam program perkerjaan
                          staf.
                       10. Mendapat bantuan badan sukan/individu luar melatih pemain-pemain sekolah.


                   GURU PERMAINAN / JURULATIH PASUKAN SEKOLAH

                       1.  Membentuk jawatankuasa.
                       2.  Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat murid dalam
                          permainan.
                       3.  Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar.
                       4.  Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
                       5.  Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum
                          sekolah.
                       6.  Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/Kelas/Tahun/Sekolah.
                       7.  Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
                       8.  Menguruskan surat kebenaran ibubapa/penjaga untuk pertandingan luar sekolah.
                       9.  Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
                       10. Menyediakan anggaran perbenlanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
                       11. Menyemai semangat kesukanan di kalangan murid.
                       12. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik,
                          selamat dan mencukupi untuk digunakan.
                       13. Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan.
                       14. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk
                          mempertingkatkannya.
                       15. Merekodkan nama pemain dan pasukan yang cemerlang.
                       16. Menghadiri kursus permainan anjuran Jabatan Belia, Kebudayaan dan Majlis Sukan
                          Negeri dan Persatuan Permainan/Sukan.
                       17. Menjalankan tugas-tugas lain yang diamanahkan oleh Guru Besar dari masa ke
                          semasa.


                                                                                                             7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12