Page 9 - MANUAL PENGURUSAN KO SKTMFP 2019
P. 9
BUKU PENGURUSAN SKTMFP 2019
KETUA RUMAH SUKAN
1. Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap(guru dan murid).
2. Mengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
3. Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan murid yang meliputi olahraga dan
permainan.
4. Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan dan permainan.
5. Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat
sekolah.
6. Sentiasa berbincang dengan S/U Sukan/PK-KO sekiranya menghadapi masalah.
7. Memastikan laporan aktiviti Rumah Sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
8. Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang murid kepada S/U Sukan untuk
dicalonkan sebagai wakil sekolah.
GURU RUMAH SUKAN
1. Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan.
2. Guru dan murid wajib hadir pada waktu latihan rumah dan kedatangan dicatat dalam
Buku Kehadiran latihan.
3. Memilih dan melatih pasukan olahrada dan permainan untuk pertandingan antara
Rumah Sukan.
4. Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.
5. Merekodkan kedatangan murid dan mengambil tindakan terhadap murid yang tidak
hadir.
6. Mengawasi keselamatan murid waktu latihan.
7. Menyemai semangat kesukanan di kalangan murid.
8. Sentiasa berbincang dengan Ketua Rumah Sukan untuk meningkatkan prestasi
rumah sukan.
9