Page 3 - kepelbagaianetnik-pelancungan-k5
P. 3

HUBUNGAN ETNIK | SHE 101


       1.0    ABSTRAK


       Kursus SHE101 - Hubungan Etnik ini membincangkan tentang konsep asas, latar belakang dan realiti sosial

       masyarakat  kini  yang  berkait  dengan  hubungan  antara  kaum  di  Malaysia  dari  perspektif  kesepaduan  sosial.

       Tujuan  kursus  ini  ialah  memberikan  kesedaran  dan  penghayatan  dalam  mengurus  kepelbagaian  ke  arah
       pengukuhan negara bangsa yang harmonis dan bersatu padu. Pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan

       dalam  bentuk  pembelajaran  berasaskan  pengalaman  melalui  aktiviti  individu,  berpasukan  dan  semangat
       kesukarelaan dapat memberikan pengalaman yang boleh digunapakai pada masa hadapan. Pada akhir kursus ini,

       pelajar  diharapkan  dapat  mengamalkan  nilai-nilai  murni,  mempunyai  jati  diri  kebangsaan  dan  menerima
       kepelbagaian sosio-budaya etnik di Malaysia



              Kepelbagaian etnik di Malaysia menjadi salah satu penyumbang kepada perkembangan sektor ekonomi
       dan sosial  khususnya. Objektif utama kajian ini dijalankan ialah mengenali  dengan lebih mendalam  tentang

       kefahaman  masyarakat  tempatan  dan  pelancong  atau  pelawat  yang  datang  berkunjung  ke  Malaysia  akan

       kepelbagaian  yang  dimiliki.  Justeru,  kepelbagaian  budaya  dan  tradisi  bagi  setiap  kumpulan  etnik  perlulah
       diperjelaskan kepada masyarakat agar tidak dilupakan dan dapat diwariskan kepada generasi akan datang.


              Hal  ini  dapat  dibuktikan  dengan  membuat  kajian  secara  langsung  atau  realiti  terhadap  masyarakat

       tempatan dan pelancong atau pelawat yang datang berkunjung melalui pendekatan yang baik, selain melatih sikap
       insaniah dan cara berkomunikasi pada setiap diri individu yang terlibat. Antara contohnya ialah aktiviti temu

       bual, mengedarkan borang kaji selidik dan melakukan aktiviti serta sosial eksperimen yang mengingatkan akan

       kebudayaan dan tradisi yang ada di Malaysia bersama pengunjung yang datang ke tapak kajian.




















                                                                                                    3 | G R O U P   5
   1   2   3   4   5   6   7   8