Page 7 - kepelbagaianetnik-pelancungan-k5
P. 7

HUBUNGAN ETNIK | SHE 101


              2.4    Metodologi


              Kerja kursus ini bertujuan untuk menyelidik tentang pengaruh perhubungan etnik terhadap kemajuan

              sosio-ekonomi  khususnya  pada  sektor  pelancongan  melalui  kepelbagaian  tradisi  dan  kebudayaan  di

              Malaysia. Antara metodologi yang diguna pakai, ialah:


                 1.  Sumber utama


                     Kerja kursus ini memerlukan para pelajar untuk menggunakan kaedah tinjauan atau kaji selidik
                 secara langsung. Tempat menjalankan aktiviti tinjauan ialah dikawasan Pantai Cahaya, Port Dickson.



                     Kami juga membuat temu bual bersama beberapa pelancong asing yang datang ke Pantai Cahaya
                 Negeri untuk mendapatkan maklumat berkenaan tujuan mereka datang berkunjung ke Malaysia dan

                 pendapat peribadi mereka berkenaan tentang budaya dan tradisi di Malaysia. Selain itu, kami turut

                 mengedarkan  kertas  kajian  soal  selidik  kepada  pelancong  tempatan  dan  asing  untuk  mengetahui
                 pendapat mereka mengenai kesan yang diterima daripada kepelbagaian hubungan etnik di Malaysia.

                 Akhir  sekali,  kami  menjalankan  satu  aktiviti  yang  merupakan  satu  sosial  eksperimen  berkenaan
                 permainan tradisional di Malaysia iaitu Batu Seremban dan Konda Kondi.




                 2.  Sumber Kedua


                     Kajian  yang  dijalankan  memerlukan  maklumat  yang  lebih  terperinci.  Oleh  yang  demikian,

                 penggunaan sumber-sumber maklumat dari internet dan ‘youtube’ sebagai asas bahan rujukan. Antara
                 rujukan  yang  dicari  ialah  tentang  kepelbagaian  hubungan  etnik  dalam  membantu  perkembangan

                 sektor perlancongan di Malaysia. Selain itu, penggunaan sumber rujukan jurnal atau majalah untuk
                 mendapatkan maklumat yang lebih menarik dalam struktur persembahan maklumat yang membantu

                 memberikan idea bagi pembuatan laporan bertulis, jurnal dan video yang perlu dihantar sebagai bukti

                 dan hasil dari kajian yang dijalankan.









                                                                                                    7 | G R O U P   5
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12