Page 13 - MESINARUSTERUS
P. 13
OBJEKTIF
Di akhir bab ini, pelajar akan dapat:
Menyatakan perbezaan antara penjana arus terus
Mengenal pasti bahagian utama penjana arus terus
Menerangkan kendalian mudah penjana arus terus
Mengenal pasti jenis litar penjana arus terus
Menyenaraikan penggunaan penjana arus terus
1.0 PENGENALAN
Mesin elektrik arus terus menggunakan arus terus dimana nilai arus dan
voltannya rendah. Arus terus mempunyai polarity positif dan negative. Digunakan
pada alatan yang berkuasa rendah seperti bateri kering, telefon, kamera dan sel
basah (1.5V-2V).
Penjana merupakan sebuah mesin yang menukarkan tenaga mekanik
kepada tenaga elektrik. Penukaran tenaga tersebut berdasarkan kepada penghasilan
daya gerak elektrik atau aruhan elektromagnetan.
G M G M
Symbol am mesin Simbol Arus Terus
Rajah1.1: Simbol bagi mesin AT
DEFINASI MOTOR–Bekalan diberikan oleh arus elektrik dan ini akan
menghasilkan dayakilas untuk memutarkan pergerakan mekanikal jenis putaran.
DEFINASI PENJANA –Dipacu oleh mesin jenis mekanikal dan akan
menjanakan voltan yang menghasilkan pengaliran arus di dalam litar elektrik.
1.1 ARUHAN ELETROMAGNET
Asas kendalian penjana berpandukan kepada dua hokum aruhan electromagnet
iaitu Hukum Faraday dan Hukum Lenz.
Hukum Faraday:
Apabila ada pemotongan fluks magnet oleh pengalir maka dge akan teraruh
magnitud dge yang teraruh berkadar terus dengan kadar pemotongan fluks.
1