Page 14 - MESINARUSTERUS
P. 14
Hukum Lenz:
Menyatakan bahawa arah medan magnet yang dihasilkan oleh arus aruhan adalah
bertentangan dengan arah medan magnet yang menghasilkannya. Rajah 1.1
menunjukkan sebatang magnet digerakan ke luar dan ke dalam gegelung berulang
kali. Perubahan magnetud fluks hanya berlaku apabila magnet digerakan dalam
gegelung. Arah dge teraruh bergantung pada arah pergerakann dan kutub magnet.
Rajah 1.2: demostrasi hukum Faraday
Bahagian yang perlu ada dalam sesebuah penjana AT untuk membolehkan dge
terhasil adalah:-
i. medan magnet untuk menghasilkan fluks
ii. pengalir yang boleh berputar untuk memotong fluks tersebut
1.2 FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KEKUATAN MEDAN MAGNET
Faktor-faktor yang mempengaruhi kekuatan medan magnet pada gelungan wayer:-
i. arus mengalir menerusi gelung meningkat, kekuatan medan magnet gelung
bertambah
ii. bilangan lilitan gelung bertambah, kekuatab medan magnet gelung turut
bertambah
faktor-faktor yang mempengaruhi kekuatan medan magnet pada wayer lurus:-
i. jika pengaliran arus meningkat, maka kekuatan medan magnet juga
meningkat
ii. jika bilangan wayer membawa arus ditambah maka kekuatan medan magnet
juga meningkat
iii. semakin jauh jarak garis medan magnet dengan wayer, maka kekuatan
medan magnet yang dirasai akan berkurang.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kekuatan electromagnet:-
i. peningkatan arus yang mengalir menerusi gegelung
ii. pertambahan bilangan lilitan (number of turns)
iii. penggunaan teras besi lembut (soft-iron core)
2