Page 21 - MESINARUSTERUS
P. 21
Sifat-sifat penjana belitan gelombang:-
i. Hanya dua berus karbon diperlukan, walaupun bilangan sebenarnya
mungkin menyamai jumlah bilangan kutub.
ii. voltan antara berus karbon positif dan negative adalah merupakan dge yang
terjana oleh mana-mana satu laluan selari.
iii. Sekiranya Ia merupakan jumlah arus angker, maka jumlah arus yang dibawa
oleh mana-mana satu laluan selari ialah dimana Ia adalah arus angker.
Dapat disimpulkan bahawa motor berbelitan tindih sesuai digunakan untuk
penjana voltan rendah tetapi berarus tinggi. Manakala belitan gelombang pule
sebaliknya. Ini kerana penjana belitan gelombang mempunyai lebih laluan selari
berbanding penjana berbelitan tindih, bagi bilangan kutub dan pengalir yang sama.
Disebabkan tredapat kekurangan seperti bunga api (spark) pada brus
karbon di penukartertib maka kedua-dua belitan ini digabungkan untuk mengatasi
masalah ini. Gabungan ini dinamakan belitan kaki-katan (frog lag) seperti rajah
1.15. Walau bagaimanapun, penggunaan belitan jenis kaki katak ini akan
menambahkan kos mesin disamping menimbulkan masalah semasa senggaraan.
Belitan tindih (lap winding)
Belitan gelombang (wave winding)
Rajah 1.15: belitan kaki katak
9