Page 25 - MESINARUSTERUS
P. 25
Apabila angker ABCD diputarkan ke satu arah yang tertentu di dalam
medan, fluks yang dibekalkan oleh kutub medan akan dipotong oleh angker tersebut
seterusnya d.g.e teraruh. Disebabkan kadar pemotongan fluks berubah mengikut
kedudukan pengalir, maka magnetud d.g.e yang teraruh di dalamnya turut berubah.
Gelombang keluaran terhasil berbentuk arus ulangalik tetapi dengan adanya gelang
gelincir dan penukartertib maka gelombang keluaran akan menjadi arus terus.
Arah arus aruhan dalam gelung dapat ditentukan dengan menggunakan
petua tangan kanan Fleming. Rajah 2.3 mengambarkan petua tersebut. Magnitude
d.g.e aruhan dan arah aliran arus ditentukan oleh kedudukan gelung.
A
A Ibu jari – arah pegerakan
B pengalir
Jari telunjuk – arah medan
magnet
C Jari hantu – arah d.g.e
B terjana
C
Rajah 2.3: petua tangan kanan Flemming
Magnetud d.g.e yang dihasilkan oleh sebuah penjana belitan tunggal adalah
kecil serta tidak setabil, maka ianya tidak sesuai untuk kegunaan komersial. Oleh itu
dge yang dihasilkan oleh penajan at bergantung kepada faktor berikut:
Kekuatan fluks magnet utama
Bilangan gelung dawai pada angker
Sudut gegelung angker memotong fluks magnet
2.1 JENIS-JENIS PENJANA ARUS TERUS
Penjana arus terus dikelaskan mengikut kaedah pengujian atau penghasilan
medan magnetnya. Dua kaedah utama ujaan medan iaitu ujaan diri (self-excitation)
dan ujaan berasingan (separately-excitation).
2.1.1 Penjana teruja pisah (separately-excitation)
Mempunyai belitan medan yang disambungkan kepada bekalan luar. Ini bermakna
voltan yang menghasilkan magnet kutub bukan dibekalkan daripada angker penjana
12