Page 72 - MESINARUSTERUS
P. 72
i. Dayakilas dan arus angker ( ) – dikenali juga sebagai ciri elektrikal
Dari persamaan Ta α ΦIa, arus medan siri akan membawa arus angker Φ α Ia,
sehingga mencapai keadaan tepu. Sebelum keadaan tepu
Ta α ΦIa, Ta α Ia , (bentuk graf parabola)
2
Dayakilas motor siri lebih kecil bernanding dayakilas motor pirau bagi beban kecil
kerana ia menghasilkan fluks yang sedikit, tetapi arus kadaran adalah tinggi.
ii. Kelajuan dan arus angker ( )
Berdasarkan formula N α , perubahan nilai Eb untuk setiap perubahan arus beban
adalah kecil dan akan diabaikan untuk keadaan tertentu. Bila Ia meningkat Φ akan
turut meningkat, kerana kelajuan berkadarsongsang dengan fluks. Bila beban besar
Ia akan turut meningkat, tetapi motor siri perlu berbeban jika tidak arus akan tinggi
seterusnya kelajuan terlalu tinggi.
iii. Kelajuan dan dayakilas ( ) - dikenali sebagai ciri mekanikal
Bila kelajuan tinggi dayakilas akan rendah begitulah sebaliknya. Persamaan ini
digambarkan seperti graf Rajah 3.7(c).
3.8.2 Ciri-ciri Motor Pirau AT (Characteristics of Shunt DC Motor)
Sambungan motor dan penjana adalah sama yang membezakannya adalah
bagi motor voltan akan masuk pada voltan terminal. Belitan angker dan medan
bersambungan secara pirau, dimana voltan merentangi belitan medannya sentiasa
malar. Ini bermakna fluks medannya juga turut malar.
Ta N N N
Ta 5%-
Tsh 15%
0 Ia 0 Ia 0 Ta
Rajah 3.8(a) Rajah 3.8(b) Rajah 3.8(c)
Rajah 3.8: Ciri-ciri Motor AT Pirau
61