Page 73 - MESINARUSTERUS
P. 73
i. Dayakilas dan arus angker ( ) – dikenali juga sebagai ciri elektrikal
Fluks pada motor ini adalah tetap oleh itu persamaan Ta α ΦIa, akan menjadi Ta α
Ia. kedaan ini ditunjukkan seperti graf Rajah 3.8(a), secara praktik nya adalah satu
garis lurus. Sekiranya beban mula tinggi maka arus mula juga turut tinggi, tetap
motor pirau tidak sepetutnya berbeban tinggi pada ketika mula (seperti rajah
3.8(a)).
ii. Kelajuan dan arus angker ( )
Jika dianggap fluks tetap oleh itu N α Eb, selama Eb tetap maka kelajuan akan tetap
seperti rajah 3.8(b). bila beban dikenakan pada aci angker, kelajuan putaran akan
menurun, begitu juga dengan dge balikan. Perubahan pada dge balikan hanya
berubah diantara 5%-15% sahaja, maka kelajuan turut berubah pada kadaran yang
sama seperti rajah 3.8(b).
iii. Kelajuan dan dayakilas ( ) - dikenali sebagai ciri mekanikal
Ciri ini adalah gabungan dari kedua-dua ciri di atas dan ditunjukkan seperti
rajah 3.8(c).
3.8.3 Ciri-ciri Motor majmuk AT (Characteristics of Compound DC
Motor)
Motor ini menggunakan kedua-dua belitan medan iaitu medan pirau dan
medan siri. Sekiranya belitan medan siri di sambung untuk menguatkan medan
pirau ia dikenali sebagai majmuk bertokok (cumulative compound). Jika belitan siri
disambung berlawanan medan pirau ia dikenali sebagai majmuk bezaan (differential
compound). Kedua-dua sambungan ini ditunjukkan seperti rajah 3.9 (a) dan (b).
Ciri motor majmuk adalah gabungan kedua-dua beliatan pirau dan siri.
Semakin besar pengaruh medan pirau, maka motor ini menghampiri ciri motor
pirau. Begitu sebaliknya sekiranya pengaruh medan siri lebih besar maka motor
menghampiri sifat motor siri.
Motor majmuk bertokok menghasilkan dayakilas yang tinggi seperti motor
siri, tetapi kelajuan tanpa beban yamg tetap dan boleh dikawal. Membuatkan ia
sesuai untuk tugas pacuan yang mempunyai naik turun beban yang tinggi tanpa
mengalami kelajuan yang melampau.
62