Page 92 - MESINARUSTERUS
P. 92

SOALAN 9
               Apakah yang dimaksudkan dengan d.g.e balikan (Eb) dalam motot AT. Seterusnya
               berikan  persamaan  yang  menunjukkan  perhubungan  diantaran  d.g.e  balikan,  Eb
               dengan voltan bekalan.

               SOALAN 10
               Terangkan secara ringkas dengan bantuan lakaran gambarajah, perbezaan di antara
               motor majmuk bertokok dan majmuk bezaan.

               SOALAN 11
               Sebuah  mesin  AT  100V  mempunyai  nilai  rintangan  angker  sebanyak  0.8Ω.  jika
               keadaan beban penuh arus angker sebanyak 15A, cari nilai voltan terjana sekiranya
               mesin berfungsi sebagai
                      i.     penjana               ii.    Motor

               SOALAN 12
               Sebuah motor AT 450V, 35hp berputar  pada  kelajuan 1000 psm.   Jika kecekapan
               motor adalah 85%, kirakan dayakilas dalam Nm, arus yang diambil oleh motor dan
               kos tenaga diserap bila beban tetap selama 10jam.  Kos tenaga elaktrik sebanyak RM
               0.30 per kWh.

               SOALAN 13
               Sebuah  motor  pirau  AT  440V,  mempunyai  rintangan  angker  sebanyak  0.8Ω  dan
               rintangan medan sebanyak 200Ω. Tentukan voltan balikan jika keluaran sebanyak
               746 kW pada 85% kecekapan.

               SOALAN 14
               Sebuah  motor  pirau  AT  20KW,  185V  berputar  pada  kelajuan  1350  psm  pada
               keadaan beban penuh. Sekiranya rintangan litar angker motor berkenaan berjumlah
               0.3Ω dan mengalami kejatuhan voltan merintangi berus sebanyak 2V, kirakan :
                      i.     Ia apabila Eb  = 180V.
                      ii.    Dayakilas aci, Tsh.
                      iii.   Kecekapan motor apabila arus masukan adalah 120 ampiar.

               SOALAN 15
               Sebuah  motor  A.T  jenis  pirau  10Hp,  240V  mempunyai  kelajuan  beban  penuh
               1500psm.  Rintangan  belitan  angkernya  berjumlah  0.3Ω.  dengan  mengandaikan
               kejatuhan pada voltan berus sebanyak 4V, kirakan nilai :
                      i.     Arus angker apabila voltan balikan bernilai 220V.


                                                                                           81
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96