Page 93 - MESINARUSTERUS
P. 93
ii. Dayakilas aci (Tsh).
iii. Dayakilas angker (Ta)
iv. Kecekapan motor apabila arus masukan bernilai 40Amp.
SOALAN 16
Sebuah motor pirau AT 4 kutub ,mempunyai 540 pengalir yang dililit secara tindih.
Motor ini mengambil arus sebanyak 32A dari bekalan 240V dimana arus sebanyak
1.5A mengalir pada lilitan medan.Rintangan angkir ialah 0.9Ω dan fluks berguna
adalah 30 mWb.Kirakan
i. dge balikan ii. kelajuan motor AT tersebut
SOALAN 17
Sebuah motor pirau AT 10KW, 135V berputar pada kelajuan 1250 psm pada
keadaan beban penuh. Sekiranya rintangan litar angker motor berkenaan berjumlah
0.3Ω dan mengalami kejatuhan voltan merintangi berus sebanyak 2V, kirakan :
i. Ia apabila Eb = 130V.
ii. Dayakilas aci, Tsh.
iii. Kecekapan motor apabila arus masukan adalah 120 ampiar.
SOALAN 18
Motor AT 4 kutub mempunyai pengalir angker sebanyak 314 pengalir
bersambungan tindih (lap connected). Sekiranya arus angker 20A, dayakilas terhasil
sebanyak 50Nm. Tentukan fluks perkutub yang diperlukan.
SOALAN 19
Motor siri AT mengambil 40A pada 220V dan berputar pada 800psm. Jika rintangan
angker dan medan bernilai 0.2Ω dan 0.1 Ω masing-masing manakala kehilangan besi
dan geseran sebnayk 0.5kW. Cari nilai dayakilas terbina dalam angker dan kuasa
keluaran motor ini.
SOALAN 20
Motor AT disambungkan pada bekalan 415V mempunyai tintangan angker
sebanyak 0.1Ω, kirakan:-
i. Voltan balikan bila arus angker sebanyak 150A
ii. Nilai arus angker bila voltan balikan bernilai 410V
SOALAN 21
Sebuah motor pirau 4 kutub, 240V, sambungan gelombang (wave connected)
memberikan 11.19kW bila berputar pada kelajuan 1000 psm, arus angker dan
82