Page 5 - LaporanMasjidGedheKauman2018
P. 5

ABSTRAK




                   Kajian  yang  dijalankan  keatas  Masjid  Gedhe  Kauman  ini  bersifat  kajian  etnografi.
                   Tujuan utama kajian ini dibuat ialah untuk mendokumentasikan maklumat dari Masjid
                   Gedhe Kauman ini dari aspek seni  reka dan kaedah pembinaan. Kajian  merupakan
                   kerjasama  CArT  POLIPD  yang  terdiri  dari  sepuluh  pelajar  dan  empat  orang
                   pensyarah  dengan  Politeknik  Seni  Jogjakarta  yang  terdiri  dari  tiga  pelajar  dan  tiga
                   pensyarah. Kaedah kajian yang digunakan ialah untuk maklumat sejarah teknik temu
                   bual dan pembacaan dokumen. Seterusnya untuk maklumat ukuran bangunan kaedah
                   pita ukur, ukur laser dan fotografi digunakan. Seterusnya bagi merekodkan ornamen
                   kaedah fotografi dan video digunakan seterusnya maklumat diperolehi ditukar dalam
                   bentuk lukisan dengan menggunakan perisian Pix4D. Secara keseluruhan pendekatan
                   BIM digunakanuntuk merekodkan ornamendan lukisan bangunan. Dapatan kajian ini
                   ialah terdapat pengaruh hindu dalam pembinaan masjid ini, Pix4D telah memudahkan
                   metodologi  merekodkan  maklumat  ornamen  bangunan  berbanding  dengan  kaedah
                   yang digunakan pada masa lalu. Dapatan kajian juga menunjukkan stuktur bangunan
                   disambung  tanpa  paku  hanya  berdasarkan  kaedah  tanggam  dan  sendi.  Sebagai
                   kesimpulan  dua  dapatan  utama  kajian  iaitu  kaedah  BIM  memudahkan
                   pendokumentasian  bangunan  lama  dalam  aktiviti  penilitian  yang  bersifat  lukisan
                   terukur dan Struktur utama bangunan dibina dan disambungkan tanpa menggunakan
                   paku.  Lebih  banyak  kajian  boleh  dibuat  untuk  melihat  hubungan  ornamen  dengan
                   aktiviti, falsafah ruang berdasarkan konsep kehidupan orang Islam serta sejauh mana
                   BIM boleh memudahkan aktiviti pemuliharaan bangunan warisan.



























                                                            2                                         .
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10