Page 8 - LaporanMasjidGedheKauman2018
P. 8
BAB 1.0
Pengenalan
1.1 Pendahuluan
Seni bina dibayangkan (direka) dan dilahirkan sebagai balasan terhadap
sekumpulan keadaan yang sedia ada. Keadaan ini bersifat fungsi semata-mata atau
pun mungkin membayangkan maksud sosial, ekonomi, politik bahkan khayalan atau
lambang dalam keadaan yang berbeza. Walau bagaimanapun, perlulah diandaikan
bahawa kumpulan keadaan yang sedia ada, iaitu masalahnya tidak begitu memuaskan
dan suatu keadaan baru, iaitu penyelesaian diperlukan. Oleh itu, seni bina merupakan
proses menyelesaikan masalah ataupun merekabentuk.
1.2 Matlamat Kajian
Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji dan merekod segala data
tentang seni bina Masjid Gedhe Kauman dalam bentuk Building Modelling
Information (BIM) dengan menggunakan perisian Revit dan mendokumentasi dengan
tepat. Kajian ini merangkumi keseluruhan bangunan dari segi latar belakang tempat
kajian, sejarah masjid, struktur binaan masjid, bahan binaan, unsur-unsur sejarah dan
sebagainya.Selain itu, kajian ini dijalankan juga adalah untuk mengupas semula
sejarah Masjid Gedhe Kauman yang dibina di tanah Kraton Yogyakarta yang sudah
berumur 245 tahun.
1.3 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk :
i. Menyediakan satu kajian dan penghayatan terhadap bangunan-bangunan
ii. yang mempunyai nilai seni reka dan seni bina yang tinggi untuk bahan dan
sumber rujukan.
5 .