Page 11 - LaporanMasjidGedheKauman2018
P. 11
Tripod Stand Kamera
ii. Kaedah Pengukuran
Kaedah pengukuran dijalankan bagi mendapatkan maklumat mengenai dimensi
sebenar binaan supaya mudah untuk melakukan proses pendokumentasian. Proses
kerja-kerja pengukuran seperti :-
i. Pengukuran dijalankan dengan mengukur panjang dan lebar binaan mengunakan
pita pengukur manakala ketinggian turut menggunakan laser pada bahagian yang
mudah untuk diukur sahaja.
ii. Ukuran pada lilitan tiang
iii. Mengukur panjang dan lebar tingkap dan pintu.
iv. Lakaran ringkas dilakukan untuk mencatatkan perincian binaan yang diukur
v. Menyediakan lakaran keseluruhan binaan berdasarkan tampak hadapan dan sisi
serta lakaran perspektif untuk menggambarkan keadaan binaan tersebut.
vi. Lakaran tekapan juga dilakukan pada setiap ukiran yang terdapat pada binaan.
iii Rakaman Gambar
Rakaman gambar telah dilakukan untuk mengukuh lagi kajian yang dilakukan. Selain
itu, ia memberi gambaran imej sebenar binaan supaya mudah untuk menghasilkan
dokumentasi dan dapat menyimpan data mengenai lokasi perincian yang diambil. Ia
turut dijadikan bukti bahawa kajian telah dijalankan terhadap binaan tersebut.
8 .