Page 12 - LaporanMasjidGedheKauman2018
P. 12

iii.      Pengumpulan Data dan Maklumat


                       Pengumpulan  data  dan  maklumat  adalah  sangat  penting  bagi  sesebuah  kajian.

                   Oleh itu, sesi temu bual dilakukan bersama penjaga masjid tersebut. Hasil dari temu
                   bual mendapati bahawa Masjid Ghede Kauman ini adalah milik kraton. Beliau juga

                   menceritakan serba sedikit tentang sejarah masjid dan fungsi setiap ruang di sekeliling
                   dan bahagian masjid.   Selain itu, pengumpulan data juga dilakukan melalui  laman

                   sesawang dan melakukan pembacaan buku yang telah didapati sepanjang melakukan
                   kajian ini.


                   iv    Penghasilan Lukisan Terukur


                       Selepas  mendapatkan  segala  maklumat  dan  data  yang  diperlukan,  kerja-kerja

                   teknikal  mula  dilakukan.  Hasil  dapatan  daripada  pengukuran  dan  visual  imej
                   digunakan untuk melukis kembali pelan lantai, keratan dan pandangan. Butiran binaan

                   juga diselitkan bagi memperlihatkan cara-cara orang dahulu menghasilkan sambungan
                   untuk  membina  sesebuah  bangunan.  Keindahan  seni  ukiran  yang  mempunyai

                   campuran dari unsur-unsur agama Buddha, Hindu dan Islam turut diambil kira bagi

                   melengkapkan lukisan kerja dan melukis kembali menggunakan perisian Revit. Media
                   grafik  seperti  3D,  animasi  dan  lain  lain  turut  digunakan  untuk  menampakkan  hasil

                   yang lebih menarik.


                   v    Dokumentasi

                       Penyelidikan  laporan  khas  untuk  kajian  yang  telah  dilakukan  dengan  tujuan

                   supaya  segala  maklumat  dan  data  yang  diperolehi  dapat  disatukan  sebagai  bahan

                   rujukan pada masa  akan datang. Kaedah ini penting kerana data  yang telah dicatat
                   dapat membantu untuk pemeliharaan bangunan warisan sejajar dengan matlamat dan

                   objektif sebenar kajian terukur dijalankan.


                   1.5    BIM

                       Building  Information  Modelling  (BIM)  adalah  satu  proses  yang  melibatkan

                   penjanaan  dan  pengurusan  digital,  ciri-ciri  dari  fizikal  dan  fungsi  tempat.  Building

                   Information  Modelling  (BIM)  adalah  yang  boleh  diekstrak,  ditukar  ataudirangkai
                   untuk menyokong membuat kerja mengenai bangunan.






                                                            9                                         .
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17