Page 21 - LAPORAN KAJIAN SOSIAL
P. 21

BAB 4.0



                                                        Kesimpulan


               Malaysia  merupakan  satu  negara  bertuah  dek  kerana  kepelbagaian  etnik  yang  secara  tidak

               langsung  menjadikannya  negara  yang  unik  dengan  kepelbagaian  yang  terdapat  di  dalamnya.

               Kepelbagaian  kaum  tidak  membataskan  mana-mana  pihak  atau  individu  untuk  berinteraksi
               antara satu sama lain dalam keadaan harmonis walaupun mempunyai kaum, agama dan budaya

               yang berbeza bahkan dapat memupuk nilai-nilai kesepakatan, kesefahaman, dan sikap kerjasama

               antara  kaum  di  Malaysia..  Kesepakatan  yang  lahir  antara  kaum  membuktikan  bahawa  setiap
               kaum saling memerlukan antara satu sama lain. Dari aspek kesefahaman pula, rakyat berbilang

               kaum  sememangnya  dapat  bekerjasama  dalam  satu  kelumpuk  atau  organisasi.  Ia  tidak  sama
               sekali  boleh  menyebabkan  permasalahan  atau  percanggahan,  malah  lebih  memberi  ransangan

               yang baik dalam apa jua perbincangan sama ada dari segi memberi pendapat atau penyelesaian
               dalam sesuatu perkara. Selain itu, jika masyarakat hidup dalam satu kelumpuk berbilang kaum

               tanpa  mempunyai  sikap  resis  ia  boleh  memajukan  negara  ke  tahan  yang  lebih  tinggi  serta

               mengelak daripada berlakunya isu perkauman dalam masyarakat. Oleh hal demikian, masyarakat
               akan  hidup  dalam  keadaan  harmoni,  aman  dan  damai.  Setiap  perincian  di  dalam  kajian  ini

               membuktikan  bahawa  hubungan  sosial  di  Malaysia  yang  sangat  baik  ini  melambangkan
               perpaduan  negara  yang  makmur  dan  wajar  untuk  diteruskan  oleh  generasi  yang  akan  datang.

               Disamping itu kejujuran dan sikap amanah dalam masyrakat tanpa mengira  kaum, agama dan
               warna  kulit  juga  melambangkan  keharmonian  dan  kesejahteraan  negara  Malaysia.  Justeru  itu,

               Malaysia akan sentiasa dipandang mulia oleh pelancong-pelancong dari negara luar. Kajian ini

               telah berjaya mengupas perkara penting iaitu kesepakatan antara kepelbagaian etnik merupakan
               satu titik kejayaan Malaysia pada hari ini.









                                                             21
   16   17   18   19   20   21   22   23   24